TEMPE merupakan antara makanan tradisional yang cukup popular di Malaysia dan Indonesia malah ia sering dijadikan hidangan sampingan dalam juadah harian.Biasanya harga sepeket tempe mentah dijual pada harga sekitar RM2 hingga RM3 dan cukup mudah didapati di pasar raya atau pasar tani. Namun siapa sangka makanan berasaskan kacang soya ini dijual pada harga jauh lebih tinggi di luar negara seperti negara di Eropah dan Amerika Syarikat.Seorang pakar bio-keselamatan makanan, Radikal Bro merungkai beberapa faktor yang menyumbang kenaikan kos tempe di luar negara.Sebagai contoh di United Kingdom, satu blok kecil tempe seberat 200 gram difahamkan dijual pada harga £1.85 hingga £3, bersamaan kira-kira RM10 hingga RM17.Tempe semakin digemari masyarakat negara-negara eropah. -Agensi1. Isu logistikTempe merupakan sejenis makanan yang memerlukan kaedah pengendalian serta penyimpanan bersesuaian bagi mengekalkan kualitinya.Sekiranya bekalan dibawa dari negara pengeluar seperti Malaysia, kos pengangkutan, pembungkusan dan pengedaran akan menambah harga jualan kepada pengguna.2. Pengeluar tempeTidak semua negara mempunyai pengeluar tempe dalam jumlah yang mencukupi. Situasi itu menyebabkan sesetengah pasaran bergantung kepada bekalan import, sekali gus menjadikan harga lebih tinggi berbanding negara pengeluar sendiri.3. PenyimpananFaktor ketahanan produk juga memainkan peranan kerana tempe perlu disimpan pada suhu yang sesuai bagi memastikan tekstur, warna dan baunya kekal dalam keadaan baik. Pengeluar dan pengedar mungkin perlu menanggung kos tambahan untuk penyimpanan sejuk atau pembekuan, bergantung pada jenis produk dan kaedah pengedaran.4. Keselamatan makananPenghasilan tempe perlu mematuhi piawaian keselamatan makanan termasuk aspek kebersihan, kawalan kualiti dan pengendalian bahan mentah. Sementara itu, laporan Agensi membuktikan bahawa tempe bukan sahaja digunakan dalam masakan Asia, malah semakin mendapat tempat sebagai alternatif dalam hidangan berasaskan tumbuhan.Di Australia misalnya, tempe menjadi antara pilihan sumber protein bagi pengguna yang mengurangkan pengambilan daging merah atau mengamalkan diet vegetarian.Malah di negara-negara eropah, tempe organik juga dihasilkan dengan pelbagai perisa tambahan seperti halia, kunyit serta ketumbar bagi memenuhi cita rasa pengguna.