suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita ‘makan’ penumbuk gara-gara tekan hon, cermin kereta dipijak walau dah berulang kali minta maaf!

Keadaan keretanya selepas diserang penunggang motosikal terbabit.

TINDAKAN membunyikan hon sebagai tanda amaran bertukar mimpi ngeri buat seorang wanita apabila dia mendakwa ditumbuk seorang penunggang motosikal yang turut merosakkan cermin depan keretanya.

Meskipun sudah berulang kali mengangkat tangan meminta maaf, tindakan itu dikatakan gagal meredakan kemarahan penunggang lelaki berkenaan.

Berdasarkan laporan, kejadian berlaku berhampiran persimpangan Lat Phrao, dekat pusat beli-belah Union Mall di Bangkok, Thailand sekitar pukul 7.50 malam Khamis.

Wanita berusia 27 tahun itu mendakwa penunggang terbabit tiba-tiba memperlahankan motosikal dan cuba membuat pusingan U selepas terlepas tempat membelok.

Dia kemudian membunyikan hon sebagai amaran sebelum meneruskan perjalanan ke arah Chatuchak, namun lelaki itu didakwa mengekorinya.

Ketika keretanya bergerak perlahan dalam kesesakan, suspek dikatakan menghampiri bahagian pemandu, menarik pemegang pintu dan mengetuk cermin sambil memaki hamun.

Mangsa mendakwa dia berulang kali memberi isyarat meminta maaf, tetapi lelaki itu bagaimanapun bertindak lebih agresif dengan memanjat bonet dan memijak cermin depan sehingga retak.

Apabila mangsa membuka pintu untuk bercakap, lelaki itu didakwa menumbuknya berhampiran mata kiri sebelum melarikan diri.

Wanita itu menegaskan dia mahu tindakan undang-undang diambil dan tidak akan menerima pemberian hamper semata-mata sebagai permohonan maaf.

Dalam pada itu, polis memaklumkan, pihaknya sedang meneliti rakaman CCTV serta menyiasat kemungkinan berlaku pelanggaran antara kedua-dua kenderaan sebelum kejadian. -Agensi

Artikel Lain