KEPULANGAN seorang wanita dari luar negara berakhir tragedi apabila dia dan ibunya maut selepas dipercayai diserang suami sendiri.Lebih memilukan bapa wanita itu turut mengalami cedera parah ketika mempertaruhkan nyawa untuk meleraikan serangan menantunya. Berdasarkan laporan, serangan berlaku di kediaman keluarga mangsa di Glenmary Estate, Peermade, daerah Idukki, Kerala, India pada Rabu malam.Polis mengenal pasti mangsa yang maut sebagai Priyanka, 35, dan ibunya, Nesamma, 60.Bapa Priyanka, Isravel, 65, pula dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan di daerah Kottayam untuk mendapatkan rawatan.Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai Prince, 40, ditahan tidak lama selepas kejadian.Siasatan awal mendapati suspek dipercayai datang ke rumah mentuanya sebelum tercetus pergaduhan dengan isteri.Dia yang hilang pertimbangan kemudian menyerang isteri dan ibu mentuanya menggunakan senjata tajam.Bapa mentuanya yang cuba campur tangan untuk menyelamatkan mereka turut menjadi mangsa serangan."Mangsa difahamkan baru pulang bekerja di luar negara.Sejak dari situ, pasangan berkenaan sering bertengkar akibat masalah rumah tanggaSusulan itu, polis membuka siasatan berhubung kes bunuh dan cubaan membunuh. -Agensi