PENDAKWAH bebas dan suami kepada pengacara Neelofa iaitu PU Riz menafikan membayar semula peserta acara keagamaan yang dibatalkan esok dalam bentuk tiket wayang.PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 31, menegaskan syarikatnya komited untuk menyelesaikan setiap aduan pelanggan secara telus dan bertanggungjawab. “Pertama sekali, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa tiket wayang tidak diganti sebagai bayaran balik. "Dakwaan sedemikian amat dikesali dan tidak sepatutnya dibuat tanpa mengambil kira fakta serta penjelasan daripada pihak kami,” katanya yang dihubungi mStar pada Jumaat. Pihak syarikat Nunha komited untuk selesaikan masalah yang berlaku. Isu bermula apabila acara keagamaan yang dijadualkan esok di Johor, dibatalkan pada Jumaat.Ekoran itu, penganjurnya syarikat Nunha milik Haris dan Neelofa didakwa menawarkan penebusan semula bayaran peserta bukan secara tunai tetapi dalam bentuk produk berupa tiket wayang TGV, kredit kedai dan pakaian.Situasi itu mencetuskan kekecohan dan kemarahan warga maya.Dalam pada itu, PU Riz menegaskan pihak Nunha sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi melaksanakan proses bayaran balik kepada pembeli tiket acara. Bapa kepada dua cahaya mata itu turut memberi jaminan bahawa pihak syarikat tidak akan menghalang atau menyekat permohonan bayaran balik yang dibuat mengikut proses itu.ARTIKEL BERKAITAN: Enggan pulangkan duit tiket program agama, Neelofa betulkan salah fahamARTIKEL BERKAITAN: Netizen berang! Neelofa & PU Riz batal acara agama, tiket penyertaan ‘ditebus’ dengan produk“Prinsip kami jelas. Sebarang pertukaran akad kepada barangan mestilah mendapat persetujuan pembeli sepenuhnya. Jika pembeli tidak bersetuju, proses bayaran balik akan dilaksanakan. "Kami mahu perkara ini diselesaikan dengan baik, telus dan adil kepada semua pihak,” ujarnya. Dalam masa sama, pihak Nunha berharap orang ramai memberikan ruang kepada syarikat untuk menyelesaikan perkara berkenaan melalui saluran yang sewajarnya, selain menggalakkan semua pihak mendapatkan penjelasan berdasarkan fakta.Neelofa dan PU Riz sebelum ini menerima kecaman netizen. Neelofa bagaimanapun melalui satu hantaran tampil memperbetulkan kekeliruan berhubung dakwaan pihak penganjurnya enggan memulangkan wang tiket susulan pembatalan acara keagamaan yang diusahakannya bersama suami, Haris Ismail di Johor.Neelofa menegaskan pihaknya sama sekali tidak memaksa mana-mana peserta untuk menerima penebusan barangan, sebaliknya proses bayaran balik sepenuhnya sedang dijalankan.