suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ustaz Wadi Annuar mengadu sakit dada, pemandu Myvi cedera parah

Keadaan kenderaan dinaiki Ustaz Wadi (Toyota Vellfire) dan Perodua Myvi selepas terlibat kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli.

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Wadi Annuar, berdepan detik cemas selepas kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Perak, awal pagi Jumaat.

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 2.40 pagi itu mengakibatkan lima individu mengalami kecederaan, manakala seorang mangsa dilaporkan tersepit di dalam kenderaan.

Ia melibatkan sebuah MPV jenis Toyota Vellfire yang dinaiki Ustaz Wadi Annuar, 43, bersama tiga individu lain, serta dua buah kereta iaitu Perodua Myvi dan Perodua Bezza.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan Perodua Myvi terbabas ke dalam longkang dengan seorang penumpang lelaki berusia 25 tahun tersepit di bahagian hadapan kenderaan.

Pemandu Perodua Myvi yang merupakan seorang lelaki berusia 24 tahun mengalami kecederaan parah, manakala penumpang belakang yang berusia 24 tahun hanya cedera ringan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Wadi Annuar terlibat kemalangan, Vellfire dinaiki bertembung kereta di Gerik

Sementara itu, dua daripada empat individu yang menaiki Toyota Vellfire mengalami kecederaan, manakala dua lagi selamat tanpa sebarang kecederaan.

Kesemua penumpang Vellfire tersebut telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera bomba tiba di lokasi kejadian.

Katanya, pemandu Myvi dan dua mangsa cedera dari Toyota Vellfire dibawa ke Hospital Gerik menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ketibaan pasukan bomba.

Anggota bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat khas sebelum mangsa berjaya dikeluarkan.

Beliau menambah, mangsa yang tersepit mengalami kecederaan parah, manakala dua lagi mangsa dari Perodua Myvi dihantar ke Hospital Gerik menggunakan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, tiga individu yang menaiki Perodua Bezza dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menerusi perkongsian seorang sukarelawan, Mohd Amir Faizal pada awal pagi Jumaat, Ustaz Wadi dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih boleh bercakap, namun mengadu mengalami kesakitan di bahagian dada dan perut susulan kemalangan itu.

Artikel Lain