Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menziarahi pusara Tun Dr Hasmah pada Khamis. -Foto Threads Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin
LEBIH ceria dan bertenaga.Itulah yang dapat digambarkan mengenai penampilan terbaharu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Menerusi video pendek dikongsikan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, Dr Mahathir dilihat tampil kemas dengan raut wajah lebih berseri ketika menziarahi pusara isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada Khamis.Perkembangan terbaharu itu nyata mencuri perhatian warga maya apatah lagi apabila beberapa rakaman terdahulu memperlihatkan beliau dengan wajah sugul dan kelihatan sedikit lemah.ARTIKEL BERKAITAN: “Syukur Allah pinjamkan Hasmah sebegitu lama” - Dr MahathirMeskipun menggunakan kerusi roda, Dr Mahathir tetap meluangkan masa menyantuni individu yang hadir menziarahi pusara isterinya."Terima kasih kepada semua yang hadir menziarah kubur Hasmah," ujar Dr Mahathir.Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur melihat Dr Mahathir kembali mengukir senyuman."Ya Allah, tenangnya dapat tengok Tun M senyum kembali. "Alhamdulillah, Tun nampak sihat. Stay strong Tun. Kami kat sini semua doakan Tun."Nampak Tun kemas terurus, semoga kesihatan Tun makin membaik," komen netizen.Allahyarham Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.20 pagi, 28 September lalu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada usia 100 tahun.Jenazah Allahyarhamah kemudian dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada hari yang sama.