suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Syukur Allah pinjamkan Hasmah sebegitu lama” - Dr Mahathir

Tun Mahathir menziarahi pusara Tun Hasmah.

KEHILANGAN teman hidup yang menjadi peneman setia selama hampir 70 tahun sememangnya meninggalkan kesan emosi yang sangat mendalam.

Bagi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pemergian isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, merupakan satu kehilangan besar dalam hidupnya.

Menerusi hantaran di media sosial pada Isnin, Tun Mahathir yang kini berusia 101 tahun meluahkan rasa terharu atas doa yang tidak putus-putus dititipkan buat arwah isterinya, sama ada ketika berada di pusara mahupun dari pelbagai tempat.

Dalam masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu menyempurnakan urusan pengebumian Dr Hasmah baru-baru ini.

"Selain itu, saya amat terharu kerana doa yang tidak putus-putus dipanjangkan kepada isteri saya Hasmah sehingga sekarang, sama ada di pusara mahupun dari mana-mana sahaja," ucapnya menerusi hantaran berkenaan.

Dalam kesedihan yang masih dirasai, beliau berkata pemergian Hasmah turut mengingatkannya untuk terus bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang menikmati kehidupan bersama insan tersayang untuk tempoh yang begitu panjang.

"Ia mengingatkan saya, di dalam kesedihan yang begitu memedihkan, supaya saya bersyukur kepada Allah kerana meminjamkan Hasmah sebegitu lama sehingga ke usia saya yang cuma masih tersisa sedikit sebanyak ini.

"Saya juga ingin mengambil peluang untuk meminta maaf jika sepanjang tempoh ini ada salam yang tidak saya sambut, lambaian yang tidak saya balas serta ucapan takziah yang belum saya jawab.

"Sehari dua ini saya cuba ke pejabat tetapi upaya masih belum begitu kuat," katanya lagi.

Allahyarham Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.20 pagi, 28 September lalu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada usia 100 tahun.

Pemergian tokoh wanita itu menyaksikan berakhirnya perjalanan hidup bersama Tun Mahathir yang mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956.

Pasangan berkenaan dikurniakan tujuh cahaya mata sepanjang hampir tujuh dekad perkahwinan mereka.

Jenazah Allahyarhamah kemudian dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada hari yang sama.

Artikel Lain