suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perangai jijik! Kucing didakwa jadi mangsa penderaan seksual, suspek siap rakam video

Penderaan seksual terhadap haiwan merupakan satu kesalahan boleh dikenakan tindakan undang-undang. -Gambar hiasan

PERSATUAN Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan kes penderaan seksual terhadap seekor kucing yang tular di media sosial.

Gesaan itu dibuat susulan penularan satu klip video mengganggu emosi yang dipercayai dimuat naik menerusi aplikasi TikTok sebelum ia dipadamkan.

Biarpun video asal sudah dipadam oleh individu terbabit, rakaman berkenaan sempat disimpan dan disebarkan semula oleh warga maya.

Menerusi kenyataan, SAFM menegaskan pihak polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) perlu berkerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengesahkan ketulenan video serta mengesan identiti suspek.

"Dakwaan berkenaan perlu dipandang serius dan jika terbukti, perbuatan itu adalah satu bentuk penganiayaan haiwan yang serius serta wajar dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang," katanya.

Menurut SAFM lagi, pihak penyiasat juga perlu mengenal pasti lokasi kejadian yang didakwa berlaku, mendapatkan bukti digital berkaitan serta menyiasat bagaimana rakaman berkenaan tersebar di media sosial.

Pada masa sama, persatuan itu menggesa pihak berkuasa mengesan kucing terbabit dengan segera bagi menilai keadaannya serta memastikan keselamatan haiwan berkenaan terjamin.

SAFM turut meminta pihak berkuasa menyiasat kemungkinan penggunaan Seksyen 377 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015, sekiranya berkaitan.

Selain itu, dakwaan penyebaran rakaman berkenaan di media sosial juga perlu disiasat berdasarkan undang-undang komunikasi dan multimedia yang berkenaan.

"Sekiranya bukti yang mencukupi menunjukkan berlakunya kesalahan, tindakan undang-undang sewajarnya perlu diambil,” katanya.

Sehubungan itu, SAFM turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat sahih, rakaman asal atau sebarang bukti berkaitan supaya tampil membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan. -The Star

Artikel Lain