suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Kematian paling mahal” - Tak sempat bangun rakaat seterusnya, jemaah dijemput Ilahi ketika sujud

CCTV merakamkan saat jemaah berkenaan terkulai dalam posisi sujud dan tidak sempat meneruskan solat bersama jemaah lain.

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan detik pilu seorang jemaah lelaki tidak bangun daripada sujud ketika solat berjemaah mengundang sebak pengguna media sosial.

Menerusi video yang tular, lelaki berbaju merah itu dilihat cuba bangun sebelum terkulai dalam posisi sujud sementara jemaah lain sudah bangkit untuk meneruskan rakaat seterusnya.

Keadaan itu berterusan sehingga jemaah lain selesai menunaikan solat sebelum beberapa individu dilihat menghampiri lelaki berkenaan untuk memeriksa keadaannya dan memberikan bantuan.

Berdasarkan perkongsian seorang pengguna Threads [Tonton Video], kejadian itu dipercayai berlaku di Masjid Jamek At-Taqwa, Bakri, Muar di Johor.

"Kematian yang dicemburui. Dijemput Allah sewaktu sedang sujud kepada-Nya. Takziah kepada keluarga arwah," tulis individu tersebut dalam hantaran itu.

Bagaimanapun, waktu sebenar kejadian serta maklumat lanjut berhubung pemergian lelaki berkenaan tidak dapat dipastikan.

Ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-rata melahirkan rasa cemburu dengan penamat hidup arwah selain mendoakan kesejahteraan rohnya.

"Kematian paling mahal. Tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

"Arwah ni kawan saya. Semoga Allah ampuni segala dosa-dosa arwah dan dimasukkan dalam syurga Firdausi.

"Cemburunya. Mesti pakcik ni selalu solat dan minta mati dalam solat. Betul la, kita akan mati di tempat yang banyak kita bagi masa waktu hidup," komen beberapa netizen.

Artikel Lain