suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bersama rehatkan Nik Nazmi 3 bulan

Bersama memutuskan untuk merehatkan Nik Nazmi daripada semua aktiviti rasmi parti selama tiga bulan. -Foto LIM BENG TATT/The Star

NIK Nazmi Nik Ahmad direhatkan daripada semua aktiviti rasmi Parti Bersama Malaysia (Bersama) selama tiga bulan berkuat kuasa 20 Oktober ini susulan terlibat dalam kes disyaki khalwat.

Presiden Bersama, Syukri Razab, dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, parti itu memandang serius perkara berkenaan dan percaya isu membabitkan kepimpinan serta anggota perlu ditangani sewajarnya.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memelihara integriti, kredibiliti dan keyakinan masyarakat terhadap parti berkenaan.

Penggantungan itu akan berkuat kuasa sehingga 19 Januari 2027.

"Bersama mengambil maklum kenyataan dan pengakuan Nik Nazmi berhubung penglibatannya dalam satu kes yang tersebar baru-baru ini.

"Kami memandang serius perkembangan tersebut selain berpendirian bahawa setiap isu yang melibatkan kepimpinan dan anggota Bersama mesti ditangani sewajarnya demi memelihara integriti, kredibiliti serta keyakinan masyarakat terhadap parti.

"Sehubungan itu, Bersama memutuskan untuk merehatkan Nik Nazmi daripada semua aktiviti rasmi parti selama tiga bulan," katanya dalam kenyataan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nik Nazmi mengaku ditahan Jais, sangkal buat perkara sumbang... Mohon maaf kepada isteri dan keluarga

Terdahulu, Nik Nazmi mengesahkan dirinya merupakan salah seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Petaling Jaya pada Khamis lalu untuk membantu siasatan disyaki khalwat.

Menurut bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu, dia bersama beberapa rakan pada awalnya berbincang mengenai satu projek di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur, sebelum memutuskan untuk meneruskan perbincangan di Petaling Jaya bagi meneliti bahan berkaitan.

Bagaimanapun, Nik Nazmi mengakui hanya dia dan seorang wanita berada di lokasi ketika pegawai Jais tiba.

Nik Nazmi mengakui ia adalah satu kesilapan, namun menegaskan bahawa mereka tidak melakukan sebarang perbuatan tidak wajar.

Bekas Ahli Parlimen Setiawangsa itu turut memohon maaf kepada isterinya, keluarga kedua-dua pihak serta anggota dan penyokong Bersama Malaysia berhubung kejadian itu.

Dia juga menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sekiranya terdapat sebarang prosiding undang-undang berkaitan kes berkenaan.

Artikel Lain

Ibu Syafiq Kyle meninggal dunia