suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nik Nazmi mengaku ditahan Jais, sangkal buat perkara sumbang... Mohon maaf kepada isteri dan keluarga

Nik Nazmi.

BEKAS Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan dia adalah salah seorang daripada dua individu ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam insiden di Petaling Jaya, Khamis lalu.

Bekas Ahli Parlimen Setiawangsa itu menjelaskan, beliau bersama rakan-rakannya memulakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek yang dibincangkan.

"Pada masa pegawai Jais tiba, sememangnya hanya saya dan wanita tersebut yang ada. Saya mengakui itu adalah suatu kesalahan.

"Seperti yang saya maklumkan juga kepada pegawai Jais, kami sememangnya tidak melakukan apa-apa tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat hangat di media sosial… Jais tampil buat kenyataan

Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama) menegaskan, beliau tidak mahu memanjangkan isu itu dan akan memberikan kerjasama bagi sebarang proses perundangan.

"Saya ingin memohon maaf kepada isteri, keluarga kami dan semua yang terkesan di atas kesilapan pertimbangan pada waktu kejadian yang tidak sewajarnya berlaku.

"Saya juga memohon maaf kepada parti Bersama kerana mengecewakan ahli-ahli dan penyokong, memandangkan isu ini menjejaskan parti dan akan menerima apa jua keputusan parti.

"Saya berharap semua pihak akan menghormati proses perundangan dan tidak memanjangkan perbicaraan menerusi media," katanya.

Sebelum ini Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad mengesahkan dua individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes khalwat melibatkan seorang figura awam di sekitar daerah Petaling.

Beliau memaklumkan, tangkapan tersebut dilakukan sekitar pukul 6 petang.

Artikel Lain

Ibu Syafiq Kyle meninggal dunia