suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teka-teki pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat hangat di media sosial… Jais tampil buat kenyataan

Jais mengesahkan penahanan seorang figura awam. -Gambar hiasan

JABATAN Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan penahanan dua individu yang dikaitkan dengan kesalahan khalwat melibatkan seorang figura awam di daerah Petaling, pada Khamis.

Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, tangkapan dilakukan kira-kira pukul 6 petang, Khamis.

"Kedua-dua individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kesalahan yang disyaki dilakukan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

"Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali," kata dalam kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, Jais menasihatkan orang ramai, khususnya umat Islam, supaya tidak mengaibkan mana-mana individu dengan menjadikan perkara berkenaan sebagai bahan spekulasi, perdebatan atau fitnah.

Jais turut mengingatkan masyarakat agar menjaga tutur kata dan tidak menyebarkan perkara yang boleh menjejaskan maruah individu terbabit sementara siasatan dijalankan.

Terdahulu, media melaporkan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik ditangkap khalwat bersama seorang wanita oleh Jais pada Khamis.

Artikel Lain