Insiden detik tegang Tuanku Muhriz menzahirkan kemurkaan terhadap Ismail Lasim tular di media sosial.
TULAR di media sosial satu rakaman video memaparkan detik tegang apabila Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir meluahkan kemurkaan terhadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.Menerusi video berdurasi sekitar hampir tiga minit itu, Tuanku Muhriz mempersoalkan tujuan Ismail menghadap selepas mengutus surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, memaklumkan bahawa baginda bukan lagi Yang di-Pertuan Besar. "Ismail Lasim tulis surat kepada Penyimpan Mohor Besar baru-baru ini mengatakan keputusan yang dia buat bersama exco ialah sah dan saya ni bukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. "Dia datang jumpa saya hari ni buat apa? Selagi tak tarik balik apa yang dia kata tu, jangan datang jumpa saya. Go away, I don't want to see you (pergi, saya tak mahu jumpa kamu)."Faham ke tak? Awak kata saya bukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan," titah baginda dalam video berkenaan.Ketibaan Tuanku Muhriz untuk menunaikan Solat Jumaat disambut Ismail. -Foto FB Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah. Video tersebut dipercayai dirakam selepas Solat Jumaat di Masjid Kampung Beting, Kuala Pilah. Untuk rekod, Ismail merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Juasseh yang terletak dalam Daerah Kuala Pilah.ARTIKEL BERKAITAN: Isu takhta Tuanku Muhriz, permohonan semakan kehakiman ditarik balikDalam video berkenaan, kelihatan Ismail hanya terdiam dan memberi sembah hormat sebelum Tuanku Muhriz berlalu.Titah baginda kemudian disusuli dengan laungan 'Daulat Tuanku' oleh orang ramai.Bagaimanapun, kesahihan konteks penuh video belum dapat dipastikan.Krisis institusi diraja Negeri Sembilan tercetus sejak April lalu susulan proklamasi yang dikeluarkan Undang Yang Empat bagi menurunkan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.Kumpulan Undang kemudian didakwa mengisytiharkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang Dipertuan Besar yang baharu di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka pada Jun.Pada 16 September lalu, barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Sembilan mengumumkan proklamasi berkenaan adalah sah.Susulan itu, Tuanku Muhriz pada 20 September membatalkan pelantikan kesemua ahli Exco berkenaan berkuat kuasa serta-merta.