suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu takhta Tuanku Muhriz, permohonan semakan kehakiman ditarik balik

Kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dicabar segelintir pihak.

EMPAT individu termasuk Undang Johol menarik balik permohonan semakan kehakiman bagi memaksa Menteri Besar Negeri Sembilan menandatangani pengisytiharan penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar.

Permohonan itu turut membabitkan bekas Undang Sungei Ujong, Undang Rembau dan Undang Jelebu, dengan kedudukan keempat-empat pemohon dipertikaikan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Norliza Othman pada Rabu membenarkan penarikan balik itu selepas peguam Azam Aziz memaklumkan beliau menerima arahan supaya permohonan berkenaan dihentikan.

Sehubungan itu, Peguam Kanan Persekutuan, Nurhafizza Azizan yang hadir bagi pihak Peguam Negara tidak membantah penarikan balik tersebut.

Keempat-empat pemohon memfailkan permohonan itu pada 17 Julai lalu bagi mendapatkan writ mandamus supaya Menteri Besar menandatangani pengisytiharan berkenaan dalam tempoh tujuh hari.

Ia berikutan, Menteri Besar dan kerajaan negeri dinamakan sebagai responden.

Bagaimanapun, seorang lagi peguam pemohon, Emirul Sarifudin Nor Azmi berkata, keputusan menarik balik permohonan dibuat kerana Menteri Besar sudah menandatangani pengisytiharan tersebut pada 3 Ogos.

"Oleh itu, permohonan mandamus tidak lagi diperlukan dan menjadi akademik kerana tuntutan sudah dipenuhi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Emirul turut mendakwa pengisytiharan itu sudah disempurnakan dan diperakukan kerajaan negeri menerusi keputusan bersama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 15 September.

Menurutnya, kerajaan negeri melalui Menteri Besar juga sudah mengemukakan surat rasmi berhubung perkara tersebut kepada Majlis Raja-Raja pada 21 September.

Bagaimanapun, peguam Steven Thiru yang mewakili dua pihak yang memohon untuk mencelah, iaitu Dewan Keadilan dan Undang serta setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin, berkata pihaknya menuntut kos walaupun tidak membantah penarikan balik itu.

Peguam bagi dua lagi pihak yang memohon untuk mencelah, iaitu Undang Sungei Ujong dan Undang Rembau, turut mengambil pendirian sama.

Thiru berhujah bahawa permohonan semakan kehakiman tersebut merupakan penyalahgunaan proses mahkamah kerana pemohon tidak mendedahkan prosiding yang masih berjalan di Mahkamah Tinggi Seremban.

Menurutnya, tindakan itu merupakan cubaan memilih forum mahkamah yang menguntungkan serta menyembunyikan fakta material daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau berkata, mahkamah turut memerintahkan pemohon membayar jumlah kos RM40,000 kepada empat pihak yang memohon untuk mencelah, tanpa kebebasan memfailkan semula permohonan semakan kehakiman berkenaan. -The Star

Artikel Lain