Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun mengadakan sidang media mengenai tarikh-tarikh penting serta urusan berkaitan PRN Melaka pada Rabu.
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November depan sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon bagi PRN Melaka ditetapkan pada 31 Oktober, dengan pengundian awal diadakan pada 10 November. Ramlan berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR pada Rabu bagi membincangkan tarikh-tarikh penting serta urusan berkaitan pilihan raya di negeri berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: SPR bincang tarikh penting PRN Melaka 7 Oktober depanPada 22 September lalu, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran DUN Melaka berkuat kuasa 23 September, berdasarkan Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka.Mandat kerajaan negeri ketika ini akan berakhir pada 31 Disember depan sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.Melaka mempunyai 28 kerusi DUN dengan 21 daripadanya dimenangi BN pada PRN lalu, manakala lima dimenangi Pakatan Harapan (PH) dan dua Perikatan Nasional (PN).