SEBUAH video lama yang memaparkan penyanyi Lee Ji Hye tampil berani dengan hanya berbikini dalam sebuah sesi sidang media sekitar 20 tahun lalu, kembali menjadi bualan hangat. Di sebalik video dan gambar yang tersebar, Lee, 46, menegaskan dia mempunyai alasan tersendiri mendedahkan sebahagian bentuk badannya kepada umum dalam majlis berkenaan. Katanya, tindakan tersebut dibuat kerana mahu membuktikan dia tidak pernah melakukan pembedahan membesarkan bahagia payudara seperti dakwaan segelintir pihak. Lee imbau kembali kenangan sesi sidang media sekitar 20 tahun lalu. “Pada waktu itu, kaedah pembedahan payudara dilakukan dengan membuat hirisan di bahagian ketiak. Jika terdapat parut pada ketiak, ia bermakna seseorang itu pernah menjalani pembedahan,"Jika tiada parut, bermakna tiada pembedahan dilakukan. Jadi, saya dengan yakin menunjukkan kedua-dua belah ketiak untuk membuktikan bahawa saya tidak pernah menjalani pembedahan," tegasnya. Lee menjelaskan perkara tersebut dalam satu temu bual sekali gus menepis segala dakwaan terhadap dirinya sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN: Peminat fanatik ceroboh rumah, curi seluar dalam kotor anggota Click-B ARTIKEL BERKAITAN: Wonpil Day6 tambah koleksi hartanah, beli kondo mewah RM18 juta secara tunaiDia dalam masa sama memberitahu tidak mempunyai sebarang masalah untuk juru gambar dan juga wartawan yang hadir untuk merakamkan gambarnya. "Saya mahu semua orang tahu bahawa saya tidak bersalah. Semuanya semulajadi. Wartawan yang datang mengambil gambar kedua-dua belah ketiak saya," ujarnya. TONTON VIDEO PILIHAN!