suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dulu bangga masuk asrama, kini ibu bapa pula tak mahu anak lalui pengalaman sama... Keputusan peperiksaan bukan segalanya!

Segelintir ibu bapa tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah berasrama. -Gambar hiasan AI

RAMAI pelajar cemerlang dihantar ke sekolah berasrama penuh (SBP) pada usia seawal 13 tahun.

Ia dilihat sebagai keputusan terbaik untuk mengembangkan potensi akademik mereka sebelum melangkah ke alam universiti.

Namun, ada juga dalam kalangan ibu bapa yang tidak bersetuju dengan tindakan itu.

Mereka menganggapnya sebagai satu perkara yang mungkin menjadi penyesalan satu hari nanti.

Gejala buli di asrama menyebabkan ramai ibu bapa tidak mahu berpisah dengan anak-anak mereka. -Gambar hiasan AI

"Kadang-kadang rasa sayang (menyesal) apabila anak dihantar ke SBP. Umur 13 dah berjauhan dengan keluarga. Lepas tingkatan lima, sambung universiti pula.

"Kemudian terus kerja. Silap hari bulan kena merantau. Lepas tu kahwin, balik rumah cuma waktu raya. Saya faham mak ayah nak yang terbaik untuk masa depan anak.

"Tapi bagi aku, peluang untuk teman mereka membesar depan mata adalah nikmat hidup paling berharga. Nikmat yang tiada galang ganti," tulis seorang lelaki.

  • Seorang lelaki tular selepas kongsi pandangannya tentang SBP.
  • Dia anggap ibu bapa rugi hantar anak masuk SBP seawal usia 13 tahun.
  • Jelasnya, ibu bapa hilang nikmat untuk besarkan anak-anak depan mata.
  • Beberapa bekas pelajar SBP turut bersetuju dengan pandangan lelaki itu.

Dia berkongsi pendapatnya itu menerusi aplikasi Threads.

Di ruangan komen, seorang wanita turut bersetuju dengan pandangan lelaki itu memandangkan dia sendiri terpaksa berjauhan dengan keluarga sejak tingkatan satu.

"Saya salah seorang yang tinggalkan rumah masa umur 13 tahun. Kemudian kerja jauh dari keluarga. Sekarang umur 49. Banyak masa serta kenangan dengan keluarga yang saya terlepas," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Buli di asrama perempuan lebih teruk... Pelajar dakwa kepala disepak ketika wuduk, dipukul beramai-ramai dalam dorm

ARTIKEL BERKAITAN: “Malam ni dapat main rogol-rogol lagi tak?” - Terdengar perbualan rakan sekelas, pemuda bongkar ‘darkside’ asrama sekolah

Beberapa lagi individu lain turut meninggalkan pendapat mereka berhubung perkara itu.

"Saya ibu dan bekas pelajar SBP. Saya setuju pandangan awak. Sekarang sya tak bagi anak masuk SBP atau asrama.

"Saya dan suami pun pernah masuk SBP. Itulah yang kami rasa. Bagi kami, asrama bukan tempat terbaik untuk anak-anak," tulis beberapa pelayar Threads lagi.

Artikel Lain