suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Malam ni dapat main rogol-rogol lagi tak?” - Terdengar perbualan rakan sekelas, pemuda bongkar ‘darkside’ asrama sekolah

Melindungi anak-anak daripada gejala maksiat adalah tanggungjawab kritikal bersama. -Gambar hiasan AI

BAGI individu yang pernah menetap di asrama, pasti ada kisah darkside (sisi gelap) yang kekal terpahat dalam ingatan walaupun sudah bertahun-tahun ia berlalu.

Menurut pengakuan seorang pemuda, dia mengesyaki asrama sekolahnya dahulu pernah menjadi 'lubuk' aktiviti tidak bermoral terlampau, melibatkan jenayah seksual sesama pelajar lelaki.

"Asrama saya ni untuk pelajar yang rumah jauh dari sekolah. Masa tingkatan satu, saya 'tercuri-curi' dengar kawan sekelas berborak dengan teruja.

Penghuni asrama juga berisiko menjadi mangsa buli pelajar senior. -Gambar hiasan AI

"Dia kata... malam ni dapat main rogol-rogol lagi tak dengan abang-abang tingkatan lima? Mereka perasan saya lalu, semua cuak dan tutup mulut.

"Kelas saya ni semua budak pandai. Muka nerd tapi kat asrama mereka meliwat sesama sendiri," dakwanya.

Selain aktiviti tidak bermoral, pemuda itu mendakwa asrama sekolahnya turut berdepan gangguan makhluk halus.

  • Pemuda imbas kisah 'darkside' asramanya menerusi perkongsian di Threads.
  • Dia mendakwa wujud aktiviti tidak bermoral sesama pelajar lelaki di asramanya.
  • Selain isu maksiat, dia mendakwa asramanya juga diganggu makhluk halus.
  • Beberapa pelayar Threads turut kongsi kisah berbeza mengenai asrama mereka.

"Bukan isu maksiat je, malah kegiatan mereka 'tarik' banyak bad energy. Sebagai orang yang hijab tak lengkap, ya Allah, banyak makhluk datang hinggap di asrama tu.

"Arwah kawan saya pernah kena 'pegang' sampai merah lengannya. Saya juga pernah diganggu waktu malam. Benda tu tinggi, jalan depan dorm. Tiap kali lalu ia menyeringai," dakwanya lagi.

Dalam hantaran Threads itu, beberapa lagi netizen turut berkongsi kisah gelap yang pernah berlaku di asrama sekolah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda minta mak ayah fikir sebelum hantar anak ‘lembut’ masuk asrama... Dakwa lebih mudah dibuli, jadi sasaran gangguan seksual

ARTIKEL BERKAITAN: Didera batin setiap kali bersalin! Suami liwat, paksa ‘bersama’ tak peduli isteri sakit

"Saya pernah duduk di asrama tahfiz. Tiga kali pindah. Semua sama, ada yang nak 'makan' kemaluan.

"Adik saya budak tahfiz. Ramai kena liwat dengan ustaz yang sama. Adik saya pun hampir kena, mujur ada senior tolong selamatkan.

"Ada yang kena pukul beramai-ramai sampai pindah sekolah," tulis netizen membuat dakwaan.

Artikel Lain