suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Anak-anak sekarang bodoh” - Gadis terduduk baca status WhatsApp bakal ibu mentua, rancangan tunang tahun depan terus goyang!

Restu ibu bapa adalah kunci utama kepada keberkatan dan kebahagiaan jangka panjang dalam sesebuah hubungan. -Gambar hiasan AI

SETIAP pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga pastinya mengharapkan restu serta penerimaan baik daripada kedua-dua belah keluarga.

Namun bagi seorang gadis, keterujaan untuk melangkah ke fasa pertunangan bertukar menjadi kebimbangan selepas dia terbaca satu status yang dimuat naik oleh ibu teman lelakinya di WhatsApp.

Menurut gadis itu, dia dan teman lelakinya merancang untuk bertunang pada tahun hadapan, namun satu hantaran yang dibaca baru-baru ini membuatkan dia berada dalam dilema.

"Saya dengan teman lelaki memang nak bertunang tahun depan.

"Tapi tiba-tiba ibunya post status ayat berbunyi... salah satu perkara paling bodoh anak-anak sekarang adalah apabila berjaya, mereka teringin membahagiakan anak orang lain terlebih dahulu sebelum orang tuanya yang telah banyak berkorban sehingga mereka dewasa," kongsinya.

Perkongsian di media sosial ada kalanya boleh menimbulkan salah faham pihak lain. -Gambar hiasan AI

Menurut gadis itu, dia tidak dapat mengelak daripada berasa seolah-olah status berkenaan ditujukan kepadanya.

Lebih-lebih lagi apabila teman lelakinya merupakan satu-satunya yang mempunyai pasangan dalam kalangan adik-beradiknya yang lain.

"Jadi, ibunya tak suka saya ke? Saya overthinking.

"Tapi saya terasa. Dalam adik-beradik dia (teman lelaki), dia saja ada partner. Jadi tuju dekat saya la kan?" luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur 70 tahun masih toksik, nak kongkong semua perkara... Anak nekad pindah dari rumah ibu, mahu jaga mental isteri

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tak boleh pandang muka dia” - Wanita jauh hati pengakuan ibu mentua ketika berpantang, bukan menantu pilihan tetapi ‘terpaksa’ terima

Tambah gadis berkenaan, situasi berkenaan membuatkan dia keliru dan buntu untuk meneruskan hubungan ke fasa seterusnya. 

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Ada yang berpendapat status berkenaan mungkin sekadar peringatan umum kepada anak-anak agar tidak melupakan jasa ibu bapa selepas berjaya dalam kehidupan.

  • Seorang gadis dilema untuk bertunang dengan teman lelaki pada tahun depan.
  • Ia gara-gara dia terbaca status ibu teman lelaki di WhatsApp.
  • Dia merasakan status tersebut ditujukan kepada dirinya.
  • Situasi berkenaan membuatkan dirinya keliru dan dilema untuk meneruskan hubungan ke fasa seterusnya. 
  • Netizen beri reaksi pelbagai, ada yang nasihatkan supaya tak ambil serius, ada juga yang sifatkan ia memang ada kaitan dengan dirinya.

Menurut mereka, status di media sosial tidak semestinya ditujukan kepada individu tertentu, sebaliknya boleh juga menjadi luahan atau pandangan umum yang dikongsikan oleh seseorang.

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang memahami perasaan gadis itu kerana mesej yang dimuat naik dilihat mempunyai kaitan dengan situasi yang sedang dilaluinya ketika ini.

"Dia bukan tak suka awak tapi dia tak suka anak dia kahwin, dia nak anak dia sara dan manjakan dia sampai akhir hayat.

"Kalau suka dan anggap bakal menantu macam anak sendiri, tak adanya dia nak buat status macam tu," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain