suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lepas puas meratap nasib tiada anak, kakak TTC terus beli air lima ‘pumps’ gula! Tak pernah peduli nasihat doktor

Pasangan yang sedang dalam fasa TTC dinasihatkan untuk menjalani gaya hidup sihat bagi meningkatkan peluang kehamilan. -Gambar hiasan AI

SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan berita gembira kehadiran cahaya mata secepat mungkin.

Namun hakikatnya, perjalanan untuk menimang zuriat tidak sama bagi setiap individu.

Ada pasangan yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan tetapi masih belum dikurniakan rezeki anak.

Sementara itu, ada juga kelompok berdepan faktor risiko tertentu, sekali gus memerlukan pematuhan ketat terhadap nasihat pakar perubatan bagi meningkatkan peluang kehamilan.

Di Threads, seorang individu meluahkan rasa kecewa terhadap sikap kakak dan abang iparnya yang sedang mencuba untuk mendapatkan anak (TTC) namun enggan mengambil endah nasihat doktor. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia berlumba dengan siapa?” - Wanita TTC terasa hati rakan mengadu susah dapat anak kedua, buat-buat tanya tip ‘handle’ emosi

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita TTC rimas kawan terlebih prihatin, sibuk kongsi tip supaya ‘lekat’... Macamlah diri sendiri tiada 'effort' untuk hamil

"Kakak saya mempunyai masalah berat badan berlebihan, manakala abang ipar pula seorang perokok dan mereka TTC. Dah cuba pelbagai cara (dapatkan anak).

"Aku sebagai orang bekerja dalam bidang kesihatan ni pernah la ajak brisk walk waktu petang lepas kerja. Kami duduk setaman, aku boleh teman dia. 

"Pernah juga suggest abang ipar berhenti merokok. Dekat klinik kesihatan atau hospital ada klinik untuk bantu berhenti merokok kalau serius," kongsinya.

'Brisk walk' adalah aktiviti riadah yang semakin popular bagi membantu meningkatkan tahap kecergasan tubuh. . -Gambar hiasan AI

Tambah individu tersebut, nasihat yang diberikan bukan datang daripadanya sahaja, malah turut disuarakan oleh doktor yang merawat pasangan itu.

"Mereka jumpa doktor yang berbeza-beza. Semua pesan tukar lifestyle dulu. Tapi dua-dua tiada usaha tu," ujarnya.

Dia mengakui berasa kasihan melihat kakaknya yang sering menangis kerana terlalu menginginkan anak.

Bagaimanapun, dia berpendapat emosi semata-mata tidak mencukupi jika tidak disertai dengan tindakan untuk memperbaiki kesihatan diri.

"Kita kesian dekat kakak kita, menangis nak anak tapi lepas nangis, pergi beli air manis, add on lima pumps sugar, siap whipping cream segala mak nenek.

"Mungkin kesedaran tu tak datang lagi sebab dia tengok kawan dia yang lebih kurang keadaan dia boleh je beranak," katanya lagi.

  • Seorang individu kecewa kakak dan abang iparnya yang sedang TTC enggan ubah gaya hidup lebih sihat.
  • Kakaknya obesiti manakala abang iparnya perokok.
  • Dia cuba beri galakan dan cadangan namun tidak diendahkan.
  • Pasangan itu jumpa beberapa doktor yang turut beri nasihat sama, namun masih enggan berubah. 
  • Netizen turut sependapat bahawa usaha dapatkan zuriat perlu komitmen pasangan yang berterusan.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut bersetuju bahawa perubahan gaya hidup merupakan antara ikhtiar penting yang perlu diberi perhatian oleh pasangan yang sedang menjalani fasa TTC.

Menurut mereka, usaha mendapatkan zuriat bukan sekadar bergantung kepada rawatan atau ubat-ubatan semata-mata, sebaliknya memerlukan komitmen kedua-dua pihak untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh.

"Takut tak dapat anak, tapi dapat strok.

"Saya dengan suami adalah antara yang TTC ubah lifestyle. Alhamdulillah. Nak masuk tiga orang dah anak," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain