suria

Wanita TTC rimas kawan terlebih prihatin, sibuk kongsi tip supaya ‘lekat’... Macamlah diri sendiri tiada 'effort' untuk hamil

Isu zuriat boleh menjadi senstitif kepada mereka yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata. -Gambar hiasan

MANA-mana pasangan yang telah mendirikan rumah tangga semestinya tidak dapat ‘lari’ daripada dihujani soalan berkaitan zuriat.

Biarpun begitu, ada dalam kalangan mereka mereka memilih untuk kekal positif dan pada masa yang sama berusaha sedaya upaya agar dikurniakan cahaya mata.

Namun, setinggi mana pun kesabaran mereka pasti ada batasnya apatah lagi jika kerap diasak dengan pertanyaan sama atau diberikan pelbagai tip sehingga membuatkan pasangan TTC (trying to conceive) rimas, sebagaimana situasi dialami wanita ini.

Bergelar ibu adalah anugerah terindah buat setiap wanita. -Gambar hiasan AI

"Maaflah kalau kadang kawan atau sesiapa tanya-tanya, dah try urut ke?, tak try makan nenas, tembikai, kiwi ke?, tak try pergi berubat dekat xxx ke? Dan macam-macam lagi seumpamanya.

"Awak, saya TTC enam tahun, nak masuk tujuh tahun dah awak. 

"Takkanlah saya tak try semua tu awak. Takkanlah enam tahun ni saya duduk diam je awak," tulisnya dalam hantaran di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mari sini aku hamilkan kamu” - Wanita lambat dapat zuriat tahan marah rakan sekerja bergurau kasar, tua tapi tak beradab

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan TTC bahagia ‘berdamai’ dengan takdir, hari cuti boleh tidur sampai Maghrib - “Kita enjoy dulu, yakin rezeki Allah”

Wanita tersebut berkata, dia memahami niat orang sekeliling yang prihatin dan mahu membantunya berjaya untuk hamil dan bergelar ibu selepas bertahun-tahun menunggu.

Bagaimanapun ujarnya, pertanyaan sedemikian seakan-akan menyalahkan dirinya yang mungkin dianggap tidak berusaha keras untuk hamil. 

  • Seorang wanita TTC rimas apabila sering dihujani soalan berkaitan zuriat selepas enam tahun mencuba untuk hamil.

  • Dia berkata pelbagai petua dan rawatan sudah dicuba sepanjang tempoh perkahwinan.

  • Pertanyaan berulang kali membuatkannya berasa seolah-olah disalahkan dan dianggap tidak berusaha.

  • Wanita itu mengakui niat orang sekeliling baik, namun soalan sedemikian meletihkan emosi.

  • Perkongsian itu mendapat simpati netizen yang turut berkongsi pengalaman serta mendoakan yang terbaik.

"Kadang-kadang saya jadi marah dengan soalan macam tu sebab, penatlah," luahnya. 

Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati seolah-olah dapat menyelami perasaannya.

Selain ada yang berkongsi pengalaman sebagai pejuang dua garis, ramai juga di antara mereka menitipkan doa dan kata-kata positif untuk memberikannya semangat. 

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Samalah. Semua dah try. Tapi orang masih ingat kita memang tak nak anak.  

"Ya betul, soalan macam menampakkan kita takde effort langsung. Kadang-kadang orang yang tak merasai tak faham journey TTC tu. 

"Sebab tu bila tahu ada yang TTC lebih lima tahun, saya cakap, takpe honeymoon dulu. Saya tak nak jadi 'terpaling' tahu bagi tip. Semoga dipermudahkan segala urusan awak," komen netizen. 

Artikel Lain