SEORANG wanita meluahkan rasa bengang dan terkilan selepas dimarahi seorang peniaga roti yang berniaga menggunakan motosikal roda tiga di Pulau Pinang.
Menerusi perkongsiannya, wanita itu mendakwa peniaga terbabit menengkingnya di hadapan orang ramai hanya kerana dia tidak membeli roti yang dijual.
Lebih menambah rasa geram, peniaga itu juga menggunakan sentimen bangsa dengan mendakwa wanita itu tidak menyokong perniagaannya.
Pembeli mudah tertarik dengan peniaga yang mesra. -Gambar hiasan AI
"Kena marah dengan pakcik jual roti sebab tak beli roti dekat dia, kemudian dia jerkah kita depan org ramai.
"Dia kata amboi menyombong, naik kereta besar saja tapi sombong bukan nak support orang Melayu kita," luahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kenalan lelaki di P. Pinang ajak jumpa tapi tak muncul, wanita KL makan rojak sotong sambil menangis... Sia-sia cuti 5 hari!
ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup tisu gulung, surat khabar pun ada! Taktik jahat peniaga laksa pekatkan kuah terbongkar - “Nampak macam ada huruf”
Menurut wanita berkenaan, dia bukannya sengaja tidak mahu membeli sebaliknya mempunyai pengalaman kurang menyenangkan dengan peniaga roti di kawasan lain yang meletakkan roti dalam kuantiti banyak tanpa diminta.
Katanya, ketika kejadian dia hanya mempunyai RM10, iaitu duit terakhir untuk makan, dan hanya mampu membeli satu bungkus roti.
- Wanita dimarahi peniaga kerana tidak membeli roti dijualnya.
- Peniaga didakwa menengking dan guna sentimen bangsa.
- Mangsa sebenarnya ada pengalaman 'hitam' dengan peniaga roti lain.
- Cara berniaga itu disifatkan tidak beradab.
- Netizen lain dakwa pernah alami situasi sama.
"Kadang kita ni ada pun cukup-cukup je, bukan nak makan roti sangat lebih kepada kesian tapi dia tak kesian kat kita.
"Ikutkan dalam Islam tak baik cara berniaga macam tu," katanya.
Perkongsian itu menarik perhatian netizen dengan ada yang turut mendakwa menjadi mangsa kepada peniaga yang sama.
"Oh pakcik tu, dia suka paksa beli. Asyik kata nak pergi haji, tak beli kata kita tak sokong Melayu.
"Saya dah kena, tengah makan dengan kawan boleh dia kata kat kita makan sedap-sedap tapi tak mau beli roti dia.
"Sama la, terkebil-kebil malu kita kena sound sebab tak beli sedangkan sebelum tu kita senyum ja," komen netizen.


