PERASAAN rendah diri dan seolah-olah ‘tertinggal’ dalam kehidupan pasti dirasai oleh sesiapa sahaja.
Apatah lagi apabila menyaksikan orang sekeliling lebih berjaya dan cemerlang dalam kehidupan mahupun kerjaya.
Situasi sama dialami lelaki ini selepas melihat rakan-rakan pejabatnya hidup selesa dan bebas berbelanja tanpa terlalu memikirkan soal kewangan.

Perasaan cemburu mudah menguasai diri apabila melihat kehidupan orang lain. -Gambar hiasan AI
"Kat pejabat aku ni, ada dua tiga orang beli iPhone 17 secara tunai.
"Ada beberapa individu lagi rancang nak melancong ke luar negara sehingga dua kali pada tahun hadapan dengan kos sekitar RM20,000 bagi setiap trip," luahnya di Thread.
Menyedari tahap kewangan sendiri, lelaki ini mula membandingkan gaji yang diperoleh.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dedah beza ‘mindset’ T20, B40 lepas buat ‘eksperimen‘... Baru tahu kenapa orang kaya makin mewah, individu miskin terus fakir
ARTIKEL BERKAITAN: Gaji 4K, kerja luar bandar tapi teringin berhijrah sebab tengok rakan seronok cari rezeki di KL... Individu disaran fikir panjang
Tambahan pula, dia terpaksa berkira-kira untuk melakukan pengubahsuaian asas di rumah, termasuk membina kabinet dapur.
"Aku nak buat kabinet rumah pun masih berkira-kira. Kadang-kadang aku rasa macam kena tipu dengan syarikat.
"Gaji aku paling rendah ke sampai tak mampu nak buat macam mereka?" luahnya sambil mengakui gred jawatannya lebih tinggi kerana memandangkan dia merupakan eksekutif di sebuah syarikat berkaitan minyak dan gas..
- Lelaki rasa rendah diri lihat rakan pejabat hidup mewah.
- Ada beli iPhone 17 tunai, ada rancang trip luar negara RM20,000.
- Dia pula berkira-kira nak buat kabinet dapur.
- Persoal gaji sendiri walaupun gred jawatan lebih tinggi.
- Netizen nasihat jangan banding hidup, fokus kewangan jangka panjang.
Malah katanya perbandingan kewangan dan gaya hidup dibuat dengan staf bertaraf juruteknik berikutan dia mengetahui elaun serta bayaran lebih masa kumpulan tersebut.
Perkongsiannya itu mencetuskan reaksi netizen yang rata-rata menasihatkan supaya dia tidak membandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain kerana setiap individu mempunyai komitmen, keutamaan dan latar belakang kewangan yang berbeza.

Antara reaksi netizen.
Ada juga yang menyarankan agar individu berkenaan fokus kepada kestabilan kewangan jangka panjang berbanding mengejar gaya hidup mewah yang dipamerkan orang sekeliling.
"Prioriti kita berbeza, ada orang tak kisah berhabis duit untuk bina rumah, ada yang pilih untuk melancong.
"Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain.
"Komitmen bulanan mereka rendah kot," demikian reaksi netizen.


