suria

Wanita ‘naik darah’ dapat tahu ibu memandai jual gelang nikah! Menyesal percaya suruh suruh simpan - “Dia WhatsApp cakap dah putus”

Barang kemas yang dihadiahkan suami sewaktu pernikahan semestinya mempunyai nilai sentimental buat mana-mana wanita. -Gambar hiasan AI

ADA kalanya hubungan antara ibu dan anak boleh menjadi renggang bukan disebabkan pertelingkahan besar, tetapi perkara kecil seperti kurangnya common sense melibatkan perkara tertentu.

Dalam satu perkongsian di Threads, seorang wanita meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan ibunya gara-gara membuat keputusan tanpa meminta persetujuan terlebih dahulu mengenai barang kemas yang mempunyai nilai sentimental.

"Mak aku simpankan rantai tangan nikah aku tau. Aku tak pakai sebab atas urusan kerja... nak kena buka so leceh. Lepas tu dia volunteer nak simpankan gelang tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas guna telekung orang tanpa izin, makcik tua letak di lantai... Muka ‘ketat’, tak ucap terima kasih -“Aku hulur tangan nak ambil”

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu tengok wajah ibu, penat jadi hamba anak menantu... Balik kampung semua jadi ‘diva’, celik mata tahu nak makan je!

"Aku okeylah sebab aku PJJ (jarak jauh) dengan husband, awal kahwin duduk rumah mak. Ni dah duduk sekali (dengan suami), aku terlupa minta balik.

"Tiba-tiba dia WhatsApp cakap rantai tangan tu dah putus, lepas tu dia dah jual tanpa bertanya dekat aku. Aku macam marahlah. Suka sangat decide sendiri tanpa tanya dekat anak," luahnya.

Keputusan menjual emas lazimnya dibuat atas faktor keperluan yang mendesak. -Gambar hiasan AI

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, apa yang lebih mengecewakan, ibunya turut mahu mengambil sebahagian daripada wang hasil jualan barang kemas tersebut.

Bukan mahu berkira dengan ibu sendiri, namun ujarnya, tindakan demi tindakan yang dilakukan benar-benar membuatkan hatinya terluka.

"Sumpah rasa sedih dengan marah. Aku dah janji dengan diri sendiri tak nak jual gelang tu walau tengah susah sekali pun. 

  • Seorang wanita sedih apabila ibunya menjual rantai tangan nikah miliknya tanpa persetujuan.

  • Rantai tangan itu disimpan oleh ibunya dan terlupa mengambilnya semula.

  • Wanita tersebut kecewa apabila ibunya turut mahu mengambil sebahagian wang hasil jualan.

  • Menurutnya, rantai tangan itu mempunyai nilai sentimental dan dia tidak pernah berniat menjualnya.

  • Netizen bersimpati namun menasihatkan agar isu itu dibincangkan secara baik dengan ibunya.

"Semua salah aku sebab terlupa nak ambil balik tapi mak still tak ada hak nak jual tanpa bertanya dekat tuan (gelang) sendiri," luahnya lagi.

Di ruangan komen, warga maya turut bersimpati dan memahami perasaan wanita tersebut yang seolah-olah 'disabotaj' ibu sendiri.

Namun mereka menasihatkannya untuk berbincang dengan ibu secara baik agar pertelingkahan tidak berpanjangan.

Artikel Lain