SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa kerana tidak pernah menerima ucapan selamat hari lahir daripada keluarga mentuanya sepanjang perkahwinan.
Menurut wanita itu, sejak awal perkahwinan sehingga masuk tahun ketiga, ibu mentua dan ipar duainya langsung tidak pernah mengucapkan selamat hari lahir.
Wanita itu berkata, mereka mengetahui tarikh hari lahirnya namun hairan mengapa ucapan selamat hari lahir tidak diucapkan.
Sambutan hari lahir cukup dinanti terutama kanak-kanak. -Gambar hiasan AI
"Dah bertahun kahwin bukan sahaja tak wish, sambut birthday pun tak. Tapi kalau birthday mereka saya yang kena 'tekan-tekan'.
"Mereka ingatkan setiap masa, lepas tu siap minta hadiah hari jadi," luahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 'mogok' famili ipar tumpang rumah buat majlis hari jadi... Sakit hati suami bagi idea, suka hati pelawa tanpa bincang
ARTIKEL BERKAITAN: “Giliran saya dia buat bodoh saja” - Wanita ‘frust menonggeng’ sahabat baik tak ucap selamat hari lahir, hadiah jauh sekali
Fasa tiga tahun pertama perkahwinan, dia akur dan menyambut hari jadi semua ahli keluarga mentua, namun tetap menerima layanan dingin apabila tiba hari lahirnya sendiri.
"Bayangkan tiga tahun pertama kena sambut birthday dan kena berikan hadiah kepada mereka semua.
"Tiga tahun tu juga mereka buat tak tahu birthday saya. Sampai dah tawar hati, ni saya balas balik dengan berdiam diri," katanya.
- Seorang wanita tidak pernah menerima ucapan selamat hari lahir daripada keluarga mentua.
- Ibu mentua dan ipar mengetahui tarikh hari lahirnya, namun memilih untuk berdiam diri.
- Wanita itu sering diingatkan untuk menyambut hari lahir mentua serta memberi hadiah.
- Selepas tiga tahun menerima layanan dingin, dia memilih untuk membalas dengan sikap berdiam diri.
- Netizen menasihatkan agar dia tidak ambil peduli dan mengutamakan ucapan daripada suami serta anak-anak.
Menurutnya, dia tiada masalah jika hari lahirnya diabaikan tetapi apabila dipaksa memberi hadiah kepada mereka semua, ia dianggap perbuatan melampau.
"Bila saya repost status orang lain wish, bagi hadiah mereka tanya hari ni birthday ke, lepas saya respons mereka buat tak tahu je, wish pun tidak," katanya kecewa.
Sementara itu, netizen meminta wanita tersebut mengabaikan sahaja sikap keluarga mentuanya kerana yang lebih penting ucapan daripada suami dan anak-anak.
"Tak usah ambil peduli, tak perlu hadir pun sambutan tu. Yang penting sambut hari lahir anak-anak dan suami.
"Kita ni jangan pernah kisah jika tiada yang wish, asalkan suami dan anak-anak ingat pun dah berbunga hati ni," antara komen netizen.


