suria

Rakan sekerja dakwa 80 peratus staf lelaki tak solat, hari Jumaat sembunyi dalam gudang!

Pekerja beragama Islam tidak sepatutnya mengabaikan kewajipan mereka khususnya solat. -Gambar hiasan

KESIBUKAN kerja sering menguji disiplin diri, namun solat tetap wajib dipelihara sebagai asas kehidupan seorang Muslim.

Di Thread, seorang pemuda meluahkan kekesalan apabila mendakwa ramai pekerja beragama Islam yang melupakan kewajipan harian.

"Saya dah pernah berkerja di bermacam-macam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat multinasional (MNC).

Muslims perform tarawih prayers to welcome the holy fasting month of Ramadan at the National Mosque in Kuala Lumpur, March 1, 2025. — GLENN GUAN/The Star

Majikan perlu memberi kelonggaran untuk pekerja lelaki keluar menunaikan solat Jumaat. -Gambar hiasan

"Wahai orang Melayu Islam, tolonglah solat. Saya tengok 80 peratus orang tak solat, terutamanya lelaki.

"Umur bukan muda, semua dah atas 30. Benda wajib jangan perlekeh dan tinggalkan. Nyawa bila-bila boleh ditarik," tulisnya.

Dalam hantaran sama, dia turut mengajak orang ramai untuk menunaikan solat pada awal waktu.

  • Pemuda dakwa 80 peratus pekerja tidak menunaikan solat.
  • Dia buat kenyataan itu berdasarkan pengalaman kerja di beberapa syarikat.
  • Dia beri nasihat kepada orang ramai supaya dahulukan solat.
  • Netizen di ruangan komen turut kongsi situasi di tempat kerja masing-masing.

"Siapa yang liat sangat nak solat tu, cuba perlahan-lahan. Insya-Allah. Solat awal waktu dapat nikmat hari yang aman dan tenang walau kerja bertimbun," tulisnya lagi.

Seorang wanita di ruangan komen mendedahkan situasi sama turut berlaku di tempat kerjanya.

"Kerja retail, majoriti pekerja adalah Islam dan lelaki. Waktu solat Jumaat, mereka sembunyi dalam gudang," dakwanya pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Surau sempit, ramai tunggu nak solat... Pelik ada mak ayah sibuk ajar anak kecil sembahyang, cara ambil wuduk

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sedih tiada didikan agama, kesal dapat ibu bapa tak pernah solat - "Hidup aku sengsara jadi anak mak dan abah"

Hantaran berkenaan turut menerima pelbagai lagi komen netizen.

"Samalah di pejabat saya pun. Ada pula yang cakap dia solat kat rumah saja.

"Dalam sektor kerajaan pun sama. Usia lewat 40-an dan 50-an pun ada yang liat.

"Ada pula yang normalize. Mereka kata biasalah (tak solat) dekat KL, memang macam tu," tulis netizen.

Artikel Lain