SEORANG wanita meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir jemaah yang memilih untuk mengajar anak beribadah di surau stesen minyak yang dirasakan tidak sesuai.
Dia berpandangan, tindakan tersebut sering menimbulkan kesulitan kepada jemaah lain, terutama apabila ruang solat sempit serta waktu solat hampir tamat.
Menurutnya, dia sendiri berdepan situasi seperti itu di sebuah surau kecil yang hanya memuatkan dua hingga tiga orang jemaah pada satu masa.
Kanak-kanak lelaki digalakkan mengikut bapa ke masjid untuk berjemaah. -Gambar hiasan AI
"Janganlah masa tu juga nak ajar anak belum baligh untuk solat. Mendidik tu betul. Tempat dan masa tak kena.
"Orang yang baligh dan wajib solat ni tak dapat solat sebab nak bagi laluan dia mengajar anak yang belum wajib solat tu. Tolonglah peka," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Buat macam harta sendiri, jemaah wanita pakai telekung surau daripada Asar ke Maghrib… Tak hirau pengunjung lain tunggu giliran
ARTIKEL BERKAITAN: Sekumpulan gadis terdiam lepas ditegur buat bising dalam surau... Borak sampai ganggu jemaah solat tak khusyuk
Perkongsian itu menarik perhatian seorang wanita yang mengaku turut berdepan situasi hampir sama apabila ada ibu mengajar anaknya mengambil wuduk.
"Ada dua paip. Nak ambil wuduk, masa tu la mak pun nak ajar anaknya ambil wuduk. Mak satu paip, anak satu paip. Dalam hati masa tu memang dah sebut, ni bukan masanya nak ajar.
"Tapi tu la tak terluah nak cakap. Nak tak nak, tunggulah dua beranak habis ambil wuduk," katanya.
- Wanita tegur tindakan mengajar anak solat di surau sempit hingga jemaah lain terpaksa menunggu.
- Surau kecil dan waktu hampir tamat menyebabkan keadaan semakin mendesak.
- Pengguna lain turut berkongsi pengalaman paip wuduk penuh kerana sesi pembelajaran anak.
- Teguran itu susulan isu adab jemaah wanita di surau awam yang tular.
- Netizen menyeru ibu bapa lebih peka memilih masa dan tempat untuk mendidik anak.
Pengalaman melihat anak diajar mengambil wuduk itu adalah respon kepada hantaran seorang wanita yang menegur sikap segelintir jemaah yang didakwa tidak menjaga adab ketika berada di surau dan masjid, terutama di lokasi awam yang mempunyai ruang terhad.
"Boleh tak kalau surau tu sempit, kau jangan duduk lama-lama atas sejadah dan jangan nak bersolek kat situ juga?
"Boleh tak kalau surau tu sempit dan kau tak boleh solat, kau tak payah masuk dalam surau? Tunggu di tempat lain," luah wanita itu.


