WANITA yang menutup aurat masih boleh berfesyen mengikut cita rasa mereka selagi ia tidak bertentangan dengan larangan agama.
Di Thread, seorang wanita berpurdah meraih perhatian ramai selepas berkongsi tentang minatnya terhadap fesyen.
Menurutnya, individu yang berpurdah juga mempunyai naluri biasa sama seperti kaum wanita-wanita lain di luar sana.

Teguran secara berhemah pastinya lebih mudah untuk diterima golongan pendosa. -Gambar hiasan AI
"Sebagai wanita berpurdah, saya suka tenung gadis-gadis yang free hair dan pakai cantik-cantik.
"Bukannya sebab nak judge atas bawah, tapi dalam hati saya berkata, lawanya baju mereka pakai, tengok potongan rambut mereka lawa.
"Biasanya, dekat luar, kebanyakan niqabis pakai hitam, warna gelap. Saya pasti, mereka pun ada fitrah seperti perempuan.
- Wanita berpurdah mengaku suka melihat gadis-gadis cantik yang tidak bertudung.
- Dia juga mengakui terinspirasi dengan gaya mereka.
- Wanita berpurdah itu mendedahkan dia gemar bergaya ketika duduk di rumah.
- Ramai wanita lain turut meninggalkan komen positif di ruangan komen.
"Suka mekap, suka berhias kat rumah. Saya pun banyak shopping baju-baju lawa untuk pakai dekat rumah berbanding beli baju untuk keluar," tulisnya.
Beberapa wanita lain turut berkongsi pandangan sama di ruangan komen.
Malah, rata-rata pelayar Thread turut meninggalkan komen positif dan mendoakan wanita lain agar terbuka hati menutup aurat suatu masa nanti.
ARTIKEL BERKAITAN: Makcik berpurdah berebut sambal kerang, kuat menyindir... Wanita tengah beli nasi lemak tahan sabar, hormat orang tua
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jahil agama kawal nafsu liar dengan berpurdah, hantar zuriat lelaki sekolah pondok - “Sekarang anak-anak jadi guru saya”
"Ya, saya pun macam tu. Admire kecantikan orang, tapi kita hanya boleh berdandan kat rumah je.
"Saya pula suka tengok orang berpurdah. Lepas tu, berangan.... bila agaknya saya akan pakai macam tu?
"Sebagai wanita free hair, saya pula teruja nak jadi macam kamu semua. Nak tutup aurat tu bukan mudah," tulis netizen.


