KUNJUNGAN ke Tanah Suci lazimnya meninggalkan pelbagai kenangan manis buat jemaah, namun ada juga pengalaman yang sukar dijelaskan dengan kata-kata.
Begitulah situasi yang dialami seorang lelaki ketika berada di Raudhah, sebuah kawasan yang menjadi tumpuan jemaah kerana kedudukannya yang mulia berhampiran makam Nabi Muhammad SAW.
Kisah tersebut dikongsikan semula oleh seorang individu di laman Threads untuk diambil teladan oleh warga maya.
Raudah terletak dalam Masjid Nabawi. -Gambar hiasan
"Masa dekat makam Nabi, tempat raudhah tu dijaga dan orang tak boleh lama-lama dekat situ... kalau tak, kena halau.
"Nak jadikan cerita masa security halau-halau tu, bos aku ternampak orang berpakaian serba putih dan bertongkat macam gaya ulama, tengah bertawasul (berdoa) dekat depan makam Nabi.
ARTIKEL BERKAITAN: Kritik destinasi percutian, sindir orang melancong... Wanita bidas individu 'terpaling musafir' lihat bumi Allah - "Aku nak ke Makkah, Madinah je"
ARTIKEL BERKAITAN: Nak minum teh di Makkah tapi dibawa ke bukit! Ramai terhibur tengok wanita bergoyang naik 'helikopter', gelak mengekek
"Hairannya semua kena halau kecuali orang ni. Bos aku pun decide nak ambil gambar dan video untuk kenangan sebab dia rasa 'masya-Allah' sangat situasi masa tu," kongsi individu tersebut, menceritakan pengalaman dilalui ketuanya.
Menurut individu itu lagi, ketuanya itu kemudian pulang ke hotel dan teruja menceritakan insiden aneh berkenaan kepada isteri sambil menunjukkan rakaman yang diambil sebagai bukti.
Seorang lelaki mengalami kejadian aneh di Raudhah apabila melihat individu berpakaian serba putih bertongkat sedang bertawasul di depan makam Nabi.
Ketika semua jemaah dihalau keluar oleh petugas, hanya individu berpakaian putih itu tidak ditegur.
Lelaki itu merakam gambar dan video kerana kagum dengan situasi tersebut.
Namun, rakaman yang ditunjukkan kepada isterinya tidak memaparkan kelibat individu berkenaan, semuanya kosong.
Perkongsian itu tular dan netizen menyifatkannya sebagai pengalaman istimewa serta peringatan tentang keberkatan Tanah Suci.
Namun apa yang berlaku ketika itu cukup membuatkan pasangan berkenaan tergamam dan kelu.
"Alangkah terkejutnya, tak ada... kosong! Maksudnya orang berpakaian serba putih serta bertongkat di depan makam Nabi yang tengah bertawasul tu tak ada pun dalam gambar yang dia ambil dan video yang dia record.
"Meremang bulu roma bos aku. Siapalah gerangan hamba Allah itu kan. Rezeki bos aku.

Netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing di Tanah Suci.
"Macam-macam lagi bos aku cerita hal-hal yang buat kita rasa Allah Maha Besar. Cuma yang ini buat aku rasa macam terkesan," kongsinya lagi.
Perkongsian individu itu menarik perhatian netizen, dengan ramai yang turut meluahkan rasa sebak dan kagum, sambil menyifatkan pengalaman berkenaan sangat 'mahal'.
Tidak kurang juga ada yang menganggap kejadian itu sebagai satu bentuk peringatan tentang keistimewaan Tanah Suci serta keberkatan berada di sisi makam Rasulullah SAW.


