suria

Bakal masuk tadika, ibu risau anak tak sah taraf persoal nama bapa... Wanita tampil beri nasihat - "Mak abah buat silap dengan Allah"

Banyak persediaan perlu dibuat sebelum si cilik melangkah ke alam persekolahan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meraih perhatian warga Thread selepas meluahkan kebimbangan tentang anaknya yang bersatus tidak sah taraf.

Dalam hantaran itu, dia berkata hatinya tidak tenang memikirkan anak yang semakin membesar dan bakal bersekolah tidak lama lagi.

"Cuma nak minta pendapat. Saya ada anak sulung, luar nikah. Tahun depan dia dah nak masuk tadika.

Anak tidak sah taraf juga berhak untuk membesar seperti kanak-kanak lain. -Gambar hiasan AI

"Namanya berbinkan 99 nama Allah. Tapi lelaki yang bersama saya dulu dah jadi suami saya. 

"Masalahnya, macam mana nak hadap kalau dia tanya kenapa nama ayah lain dalam kad pengenalan?" tulisnya.

Tambah wanita itu, dia juga bimbang anaknya akan menjadi mangsa ejekan rakan-rakannya kelak.

  • Wanita bimbang anak sulungnya akan masuk tadika pada tahun depan.
  • Dia mengakui anak itu merupakan hasil hubungan terlarang.
  • Dia bimbang nama bapa yang berbeza dalam MyKad akan menyebabkan anaknya diejek.
  • Netizen saran berlaku jujur apabila tiba masa yang sesuai suatu hari nanti.

Di ruangan komen, ada individu yang senasib dengan wanita itu turut berkongsi pengalamannya membesarkan anak luar nikah,

"Anak sulung saya pun macam ni. Awal-awal tak pernah tanya. Bila buat MyKad umur 12 tahun baru dia tanya. 

"Saya berterus terang yang dia memang anak saya dan abah dia. Tak ada beza pun dengan adik beradik.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah ada 6 zuriat, wanita kini amat rindu anak luar nikah lahir 15 tahun lalu! Sukar jejak, tak pernah tahu siapa famili angkat

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja terkilan ibu bapa sorok status anak luar nikah, reka alasan tak logik - “Kenapa tiada nama papa?”

"Cuma saya kata, masa tu mak abah buat silap dengan Allah dan mak tak nak anak-anak buat benda sama. Dia faham akhirnya," kongsi wanita itu pula.

Beberapa netizen yang lain turut memberi saranan kepada wanita itu agar jujur dengan anaknya untuk mengelakkan masalah pada masa depan.

"Bila dia dah mula matang, jangan lupa jujur ya. Nanti jadi isu wali masa akad nikah.

"Awak kena beritahu juga sesuai pada masanya. Dia tetap kena tahu statusnya," nasihat netizen.

 

Artikel Lain

Daddy Rock meninggal dunia