suria

Suami suruh isteri 'berlakon' pergi kerja setiap kali ibu datang rumah - "Niat nak jaga hati orang tua"

Setiap suami ingin memastikan hubungan antara ibu dan isterinya rapat. -Gambar hiasan AI

HANTARAN seorang suri rumah mencuri perhatian ramai apabila suami memintanya 'berkomplot' untuk menipu ibunya mengenai hal pekerjaan.

Lebih melucukan apabila dia diminta untuk berpura-pura keluar bekerja setiap kali ibu mentuanya datang menginap di rumah.

"Aku seorang isteri yang tidak bekerja tapi Alhamdulillah suami selalu back-up dan beritahu mentua yang aku bekerja.

Setiap isteri ingin 'me time' bagi merehatkan diri. -Gambar hiasan AI

Setiap isteri ingin 'me time' bagi merehatkan diri. -Gambar hiasan AI

"Jadi setiap kali mentua datang rumah, suami keluar bekerja aku pun keluar juga dengan kereta berasingan.

"Berlakon pergi kerja depan mentua," ujarnya di Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ’tipu sunat’, terpaksa mengaku ada perempuan lain... Rupanya helah nak putus, tak tahan GF ketiak tengik!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak senang duduk mentua asyik suruh cari kerja... Anggap otak dah karat, tak nak mula dengan gaji rendah

Menurut wanita ini lagi, bagi menjayakan 'lakonan' yang dirancang, suami menyuruhnya mendaftar masuk mana-mana hotel, membeli belah atau pergi menonton wayang sementara menunggu tamat waktu 'bekerja'.

"Suami suruh check-in hotel atau pergi shopping atau tengok wayang... mana-mana je asalkan aku suka pergi," tambahnya.

  • Isteri dedah suami berpakat menipu ibu mentua kononnya dia bekerja.
  • Dia berpura-pura keluar rumah setiap kali ibu mentua datang menginap.
  • Suami siap suruh dia check-in hotel, shopping atau tengok wayang sebagai ‘lakonan’.
  • Dakwa semua itu dibuat demi jaga hati mentua dan elak konflik rumah tangga.
  • Netizen berbelah bahagi — ada bimbang rahsia terbongkar, ada pula puji suami kerana menjaga hati dua-dua pihak.

Bersyukur memiliki suami yang memahami, ujar wanita ini, lakonan tersebut berjaya membuatkan dia mengekalkan hubungan baik dengan mentua.

Katanya, ia dilakukan demi menjaga hati dan kemaslahatan rumah tangganya bersama mentua.

"Kami sayang orang tua kami, niat nak jaga hati orang tua... Allah tahu niat baik kami," tambahnya.

Antara reaksi warga maya

Antara reaksi warga maya.

Kisah rumah tangganya yang unik mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ramai meluahkan kebimbangan sekiranya ia terbongkar di kemudian hari.

Tidak kurang juga yang memuji sikap suaminya kerana pandai menjaga hati isteri dan ibu kandung sendiri.

"Alhamdulillah bagusnya suami awak.

"Nak berlakon sampai bila? Cukuplah suami okay, yang lain mesti boleh selesai dengan baik.

"Aku suka kalau menantu tak bekerja sebab dia boleh fokus pada rumah tangga," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain