HUJUNG tahun sering menjadi tradisi bagi setiap kelas dengan mengadakan jamuan akhir tahun sebagai penutup sesi persekolahan.
Di sebalik keterujaan golongan ibu berkongsi menu untuk disediakan untuk acara jamuan kelas anak masing-masing, muncul pula individu yang mengecam pemilihan makanan yang dianggap tidak sihat atau tidak sesuai dibawa ke majlis tersebut.
Kecaman itu bagaimanapun ditegur oleh seorang wanita yang berpendapat ia tidak wajar diperbesarkan, apatah lagi jamuan kelas hanya dilakukan sekali setahun dan dalam tempoh yang sangat singkat.

Makanan ringan semestinya menjadi kesukaan kanak-kanak. -Gambar hiasan
Menurut wanita berkenaan, isu larangan membawa makanan ringan atau 'junk food' ke jamuan kelas tidak sepatutnya diperbesarkan sehingga menimbulkan ketegangan.
"Yang isu jamuan akhir tahun jangan bawa junk food tu boleh diam tak? Sehari tu je kot! Bukan hari-hari.
"Berapa minit je budak tu makan... nak 'memekak' (bangkitkan isu) kenapa ye?" luahnya dalam hantaran yang dimuat naik di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak disuruh ponteng, tak mampu bawa makanan jamuan ‘potluck’ sekolah... Ibu kecil hati baca mesej cikgu di grup WhatsApp
ARTIKEL BERKAITAN: Pelik syarat sekolah, makcik kantin dilarang jual snek! Kedai buku pula ‘meriah’ jajan, cikgu rajin promosi masa perhimpunan
Tambahnya, tidak semua ibu bapa mampu menyediakan buah-buahan atau makanan sihat dalam kuantiti banyak seperti yang disarankan oleh sebahagian pihak.
"Tak semua ibu bapa mampu nak beli buah banyak-banyak atau healthy food semua.
"Satu hari punya isu, gelabah macam hari-hari anak engkau makan benda tu," tegurnya lagi.
Seorang wanita tegur individu yang kritik makanan tidak sihat dibawa ke jamuan akhir tahun sekolah.
Dia berkata jamuan hanya sehari dan tidak wajar dijadikan isu.
Katanya, tidak semua ibu bapa mampu menyediakan makanan sihat seperti buah dalam kuantiti banyak.
Wanita itu menyifatkan kecaman tersebut sebagai keterlaluan dan menimbulkan tekanan kepada ibu bapa lain.
Netizen bersetuju bahawa jamuan adalah masa untuk anak meraikan pencapaian dan momen bersama rakan-rakan.
Perkongsiannya mendapat perhatian ramai, dengan ada yang bersetuju bahawa jamuan akhir tahun sepatutnya menjadi waktu untuk anak-anak meraikan pencapaian dan berseronok.
Malah mereka berpendapat bahawa golongan ibu yang berkenaan seharusnya mendidik anak masing-masing tentang diet dan pemakanan seimbang, bukan mengecam ibu bapa lain hanya kerana membawa makanan ringan.

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
"Isu utama bukan jangan bawa junk food. Tapi tolong didik anak-anak anda untuk tidak makan junk food.
"Betul puan, kasut orang tak sama. Kita raikan je pemberian orang lain. Moga ada keberkatannya.
"Sebab tu kalau ada majlis yang melibatkan makan-makan, diberi pilihan bagi duit atau makanan, saya pilih bagi duit sebab saya malas nak hadap cerita macam ni," demikian antara komen netizen.


