suria

Bayar yuran pusat jagaan hampir RM5,000 demi beri ibu kehidupan terbaik, anak kerja 'oil and gas' stres saudara mara cop anak derhaka

Kekangan kerja menyebabkan ada anak terpaksa menghantar ibu bapa ke rumah orang tua. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita kini berada dalam dilema selepas digelar sebagai anak derhaka oleh saudara mara terdekatnya.

Menurut wanita itu, kekangan masa yang menuntut komitmen berterusan dalam kerjanya menyebabkan dia terpaksa menempatkan ibunya di sebuah rumah jagaan swasta.

Bagaimanapun dia menjelaskan, ibu bukanlah setiap masa berada di rumah tersebut kerana dia akan menjemputnya pulang selepas selesai bekerja.

Warga emas lebih selesa menjalankan aktiviti bersama rakan seusia mereka. -Gambar hiasan AISesetengah warga emas lebih selesa menjalankan aktiviti bersama rakan seusia mereka. -Gambar hiasan AI

"Ayah saya sudah lama tiada. Saya menghantar ibu ke rumah orang tua swasta yang selesa dengan bayaran bulanan RM4,500.

"Ramai saudara mara mengutuk tindakan saya seolah-olah kejam meletakkan ibu di rumah orang tua bila saya sudah senang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cucu rimas nenek sakit kaki gigih nak ikut bercuti, merajuk jika ditinggalkan - “Jadi macam orang tua lain, duduk rumah diam-diam”

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni dibiar nampak terabai, tidur atas tilam hancing... Individu bongkar modus operandi pengurus rumah kebajikan raih simpati

Wanita yang bekerja dalam bidang minyak dan gas (oil and gas) itu memaklumkan, ibunya selesa berada di rumah jagaan tersebut kerana mempunyai ramai rakan seusia.

"Ibu saya suka sebab ada kawan-kawan, ada belajar agama dan banyak aktiviti.

"Lagipun saya akan ambil ibu saya pulang ke rumah setiap malam kerana berdekatan dengan rumah orang tua swasta tersebut," katanya.

  • Wanita ditegur saudara mara kerana menghantar ibu ke rumah jagaan.
  • Dia berbuat demikian kerana komitmen kerja dan akan mengambil ibu pulang setiap malam.
  • Ibunya selesa di pusat jagaan melakukan aktiviti dengan rakan seusia.
  • Kecaman menyebabkan wanita itu tertekan dan keliru dengan tindakannya.
  • Netizen menyokongnya dan menegaskan ia bukan tindakan derhaka.

Tekanan dan kata-kata saudara mara menyebabkan dia berasa terkilan serta tertanya-tanya sama ada tindakannya menghantar ibu ke pusat jagaan itu tepat.

"Ramai saudara gelar saya anak derhaka yang kadang-kadang buat saya terasa hati. Adakah tindakan saya ini salah dan saya patut berhenti kerja?" katanya.

Memberi reaksi balas kepada pertanyaannya, netizen berpandangan wanita itu seharusnya mengabaikan kata-kata orang sekeliling selagi ibunya gembira berada di rumah jagaan tersebut.

"Selagi ibu kau OK, mana ada istilah anak derhaka. Saudara mara lain-lain tu macamlah ahli syurga sangat.

"Sekurang-kurangnya anak menantu kerja ada yang tengok ibu kita daripada biar dia seorang kat rumah," antara komen netizen.  

 

Artikel Lain

Daddy Rock meninggal dunia