suria

Pemandu e-hailing menangis penumpang bagi tip 2 kali ganda tambang.... Luah rasa penat buat 2 kerja, gaji RM1,800 tak cukup

Pemandu e-hailing perlu bekerja keras demi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi. -Gambar hiasan AI

SEGELINTIR individu terpaksa melakukan lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Di Thread, seorang wanita berkongsi kisah dirinya bertemu seorang pemandu yang turut melakukan dua pekerjaan untuk meneruskan hidup.

Menurut wanita itu, pemandu berkenaan membuka cerita tentang kehidupannya selepas tersentuh menerima tip sebanyak RM50 yang diberikan.

Perodua Aruz e-hailing drivers on the background at KLIA. Story on drivers have been expressing concerns that SUVs are no longer able to register for e-hailing use. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Pemandu e-hailing pasti gembira jika diberikan tip oleh penumpang. -Gambar hiasan

"Pernah sekali saya beri tip RM50 kepada pemandu e-hailing walaupun tambang perjalanan hanya RM20. Pemandu itu menangis.

"Dia berkata 'God bless you' kepada saya walaupun dia seorang Muslim. Waktu itu, saya dalam perjalanan ke sebuah gereja di Kuala Lumpur," tulisnya.

Dalam perjalanan, mereka turut berbual sehingga pemandu berkenaan mendedahkan realiti kehidupan yang dilaluinya.

  • Penumpang beri tip RM50 kepada pemandu e-hailing walaupun tambang perjalanan hanya RM20.
  • Pemandu itu terharu dengan sikap pemurah penumpang sehingga mengalirkan air mata.
  • Pemandu dedah dia terpaksa melakukan dua pekerjaan kerana kesempitan hidup.
  • Ramai netizen puji sikap pemurah yang ditunjukkan penumpang berkenaan.

"Dia cerita yang dia bekerja sebagai 'admin' dengan gaji bulanan RM1,800. Tak mencukupi untuk bayar sewa dan meneruskan kehidupannya.

"Dia bekerja siang dan malam, dia rasa begitu kepenatan dalam hidup. Tiada apa yang boleh diharapkan untuk masa depannya," kongsinya lagi.

Pertemuan singkat itu menyebabkan penumpang berkenaan semakin mensyukuri nikmat kehidupan dan memberi inspirasi kepada dirinya supaya terus berkongsi rezeki dengan insan-insan memerlukan.

Pictureof a motorbike crashing into a car. Story on people whose car kena langgar by motor with no insurance. (MAC 15 2024) — ART CHEN/The Star

Perkhidmatan e-hailing membantu ramai individu yang tidak memiliki kenderaan sendiri. -Gambar hiasan

"Kadang kita lupa betapa bertuahnya kita yang ada makanan dan bumbung untuk berteduh. Selepas kejadian itu, saya akan beri tip kepada semua rider yang saya jumpa," tulisnya.

Perkongsian wanita itu turut dihujani dengan komen dan pujian netizen.

"Sesiapa yang mampu memang patut beri tip. Saya bekas pemandu. Tambang yang pemandu dapat sangatlah rendah.

"Semoga kamu diberikan rezeki melimpah ruah atas kebaikan yang dilakukan," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain

Daddy Rock meninggal dunia