suria

Cuba ‘unlock’ telefon rakan baru meninggal guna Face ID... Pemuda kongsi kisah buka mata jenazah, halakan iPhone depan muka

Waris sukar untuk mengakses telefon milik si mati jika ia memerlukan kata laluan. -Gambar hiasan

SEORANG pemuda menjadi perhatian selepas berkongsi tentang cubaannya untuk mengakses peranti iPhone milik individu yang sudah meninggal dunia.

Dalam hantaran di Thread pada Isnin, dia berkata peranti keluaran Apple itu gagal untuk diakses sehingga menimbulkan kesukaran untuk menghubungi kenalan atau keluarga si mati.

"Arwah bujang, tak kahwin. Ada sumber beritahu dia rapat dengan mak angkat. Tapi tak dapat contact mak angkat untuk maklum arwah dah meninggal.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Peranti keluaran Apple memiliki sistem keselamatan canggih yang sukar untuk diceroboh. -Gambar hiasan

"Jadi kami cubalah nak unlock iPhone guna fungsi Face ID (pengecaman wajah) dekat arwah. Buka mata, letak telefon depan muka untuk detect muka arwah. 

"Terpaksa buka mata arwah guna jari sambil seorang lagi halakan telefon depan-depan. Dah dua kali cuba, tak berjaya," kongsinya.

Menurut pemuda itu, peranti berkenaan akhirnya diserahkan kepada kakak si mati.

  • Peranti iPhone milik seorang individu yang sudah  meninggal dunia gagal diakses oleh individu lain.
  • Mereka cuba guna fungsi Face ID dengan meletakkan telefon depan wajah arwah namun gagal diakses.
  • Selepas menghalakan iPhone pada wajah jenazah, mereka turut cuba membuka mata si mati namun tetap gagal.
  • Peranti itu akhirnya diserahkan kepada waris terdekat selepas ia gagal untuk dibuka.

"Pasal mak angkat tu, kami pun tak tahu macam mana kesudahan sebab adik beradik arwah pun tak ada contact. Kesimpulannya, memang tak boleh (akses) ya.

"Sebelum ni pernah dengar orang cakap tak boleh nak unlock iPhone yang guna Face ID bila orang tu meninggal walaupun guna muka owner. Semalam benda ni terbukti," tulisnya lagi.

Dalam hantaran sama, dia turut berpesan kepada pengguna telefon untuk cuba memudahkan urusan orang terdekat sekiranya berlaku hal kecemasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan 'try hard' nak nampak kaya, kerap tukar iPhone guna biasiswa tapi sibuk kritik orang lain beli air mineral mahal

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja jual buah pinggang demi iPhone hidup menderita lepas 14 tahun… Kini berstatus OKU tahap tiga

"Apple memang design anti forensik dan anti coercion. Ia untuk elak orang paksa buka telefon guna muka seseorang sama ada tidur, tak sedar atau meninggal. Tolonglah kemas kini Medical ID dalam iPhone tu.

"Sebab ia boleh diakses walaupun dalam keadaan lock. Atau lebih mudah, emergency contact letak je belakang casing telefon," pesannya lagi.

Artikel Lain