SEORANG wanita menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam melontarkan komen berkaitan pengalaman atau destinasi pelancongan seseorang.
Menurutnya, komen yang dibuat secara melulu tanpa memikirkan sensitiviti orang lain boleh membuatkan individu berkenaan marah atau terguris hati.
Malah, tutur kata tanpa 'tapisan' juga boleh menyebabkan hubungan baik bertukar renggang.
Melancong bersama rakan antara aktiviti menyeronokkan. -Gambar hiasan AI
"Bila dengar orang lain nak travel ke negara lain boleh tak mulut atau jari tu lebih peka dan berhati-hati?
"Tak payah la cakap kalau aku, aku nak ke Makkah dan Madinah je," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rimas kawan-kawan pesan barang masa melancong, suruh jadi PS... Kacau ‘me time’ - “Bagasi aku bukan untuk barang kau”
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ustaz Mekah’ buka slot di TikTok, servis baca doa di Tanah Suci... Katanya tiada bayaran tapi kena infak sebelum kirim
Katanya, sikap sedemikian secara tak langsung menunjukkan individu itu mahu menampakkan dirinya 'terpaling bagus' berbanding orang lain.
"Syaitan ni satu je, dia tak boleh buat kau jadi jahat. Dia buat kau rasa terpaling baik. Jadi hati-hati," katanya.
Dia menegaskan perjalanan ke mana-mana negara, termasuk negara bukan Islam, masih dikira sebagai musafir dan boleh mendatangkan pahala ibadah.
- Wanita kurang senang sikap membandingkan destinasi pelancongan orang lain.
- Kenyataan seperti 'aku nak ke Makkah, Madinah je' boleh membuatkan individu itu berkecil hati.
- Sikap begitu dianggap seperti mahu menunjukkan diri ‘terpaling baik’.
- Perjalanan ke mana-mana negara tetap dikira musafir dan boleh jadi ibadah.
- Netizen menganggap komen sebegitu sering datang daripada individu yang cemburu atau joykiller.
"Padahal travel tu pun dah kira bermusafir dan dapat pahala ibadah kalau niat kita pergi travel untuk melihat keindahan ciptaan Allah di negara lain," katanya.
Bagi netizen, kebanyakan mereka mengakui sememangnya terdapat individu yang bersikap demikian, seolah-olah cemburu melihat orang lain melancong.
"Itulah contoh joykiller, padahal dia cemburu tak boleh ke mana-mana.
"Bagi aku Makkah dan Madinah tu bukan tempat melancong tetapi tempat beribadah," antara komen netizen.


