SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila suami menjadi sasaran adik-beradik lain apabila dipaksa membayar sewa rumah ibunya.
Menurut wanita itu, rumah tersebut hanya dijadikan tempat meletakkan beberapa barang milik keluarga mentuanya.
Ibu mentuanya pula tidak berada di rumah tersebut setiap masa kerana kerap pergi ke rumah anak yang lain.
Desakkan kewangan menyebabkan ada yang hanya berlaukkan telur setiap hari. -Gambar hiasan AI
"Suami 'terciduk' kena bayar rumah sewa mak dia. Padahal tak duduk pun. Tinggal barang je kat sana.
"Maknya kerap duduk dengan anak lagi sorang dekat negeri lain," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami baru meninggal, mentua kejam desak kahwin abang arwah... Halang balik rumah! - "Aku rasa lebih pada harta"
ARTIKEL BERKAITAN: Disuruh mandi air sejuk, makan lauk masam nak basi! Wanita terseksa berpantang rumah mentua... Nak guna CL tapi dibantah
Menurut wanita ini, suami disuruh menjelaskan bayaran sewa rumah ibunya apabila mereka balik ke kampung pada awal bulan, sehinggakan dia menganggap tindakan mereka adalah satu kesilapan.
"Suami tak beli apa-apa barang basah dan kering, sempat bayar duit rumah je. Lepas tu kena bayar rumah sewa mak dia lagi.
"Adik beradik lima orang tapi suami aku juga yang kena bayar," luahnya.
Bercerita lanjut, katanya, suami bagaimanapun sempat membeli ikan terubuk, sotong dan ikan pari untuk dimakan bersama selama dua hari mereka berada di kampung.
Apa yang mengecewakan, ketam yang turut dibeli suaminya telah ditukar dengan stok lama yang ada di rumah tersebut oleh mentua.
- Suami dipaksa bayar sewa rumah ibu mentua walaupun rumah kosong.
- Wang suami habis untuk sewa, tiada baki untuk barangan basah.
- Ketam baru dibeli ditukar dengan stok lama oleh ibu mentua.
- Isteri tegaskan gaji hanya untuk diri sendiri dan anak, bukan keluarga mentua.
- Netizen beri reaksi bercampur, ada nasihat bertolak ansur, ada sokong wanita tegas.
"Ada beli ketam tak sempat nak masak. Masa beli dengar cerita dapat ketam besar, sudahnya dapat seekor je yang besar, lagi empat ekor yang kecil.
"Mak mentua rupanya 'swap' dengan stok ketam yang ada dalam peti sejuk rumah diaorang. Bukan bagi ketam yang baru beli, sadis.
"Sedih la, tiap kali balik macam-macam lauk mewah suami kena sediakan kat maknya," katanya.
Setelah membayar rumah sewa ibu dan sakan berbelanja ketika di kampung, suaminya kini mengeluh tidak mempunyai wang untuk membeli barang keperluan rumah.
“Benda wajib memang aku tak akan keluarkan. Aku beli lauk untuk anak makan saja. Aku bekerja.
"Keluarga mentua ingat aku kerja untuk tampung keperluan keluarga ke? Memang tak la. Gaji aku untuk kehendak aku yang suami tak dapat penuhi,” katanya.
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang berharap wanita itu dapat bertolak ansur dengan suami dan membenarkan lalaki itu berbakti kepada ibunya.
"Dalam rumah tangga bertolak ansurlah. Biarkan dia berbakti. Pemikiran macam ni tak akan buat suami awak kaya," komen netizen.
Namun ada juga menyokong tindakan wanita itu yang bertindak tegas dengan suaminya agar orang sekeliling tidak ambil kesempatan.
"Saya bagi duit kat suami sampai mak dia ingat duit anak dia. Tapi suami duit dia habis kat berjudi, dadah. Memang tak la nak bagi lepas ni," kata seorang netizen menceritakan pengalamannya.


