PENERBIT dan pengarah Puan Sri Tiara Jacquelina mendedahkan dia pernah berikrar pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) pada 2009 adalah penampilan terakhirnya yang menoktahkan karya agung berkenaan.Bagaimanapun, selepas 18 tahun dihujani pertanyaan peminat dan dipujuk rakan penerbit, naskhah teater muzikal tersohor itu kembali ke pentas. Kali ini pementasan itu berlangsung di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), Sunway Square bermula Sabtu sehingga 15 November depan.Tiara bangga dengan barisan pelakon yang dipilihnya. “Setiap kali kami mementaskan pertunjukan lain, malah ketika mengadakan sidang media, soalan yang sering diajukan ialah, bila PGL akan kembali?“Kehadiran seorang wanita iaitu Melissa Teoh daripada JCPAC yang juga penerbit eksekutif bersama saya untuk pementasan ini, menjadi titik penting. Beliau yang meyakinkan saya dengan berkata, ‘Tiara, sudah tiba masanya untuk mengembalikan PGL.’“Apabila saya bersetuju dengan Melissa, saya sedar perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah. Sebelum ini saya sudah mengadakan persembahan perpisahan. Saya juga sudah nekad ketika itu bahawa itulah pengakhiran saya bersama PGL, sekurang-kurangnya buat diri saya sendiri,” katanya ketika berucap pada sesi raptai penuh pementasan itu di JCPAC pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno tahan sakit, harap kaki pulih sebelum teater PGLARTIKEL BERKAITAN: Puteri Gunung Ledang kembali kali ketiga di Istana BudayaBagi memastikan pementasan kali ini kekal relevan dengan peredaran zaman, Tiara berkata dia masih mengekalkan skrip dan melodi asal, namun diberikan nafas baharu menerusi pembaharuan rekaan set, prop, busana serta susunan muzik.Pementasan berskala besar itu menampilkan seramai 50 barisan pelakon di atas pentas termasuk anggota ensembel.Selain itu, elemen teknologi canggih turut disuntik bagi memperkayakan mutu persembahan dan visual pentas tanpa sesekali menenggelamkan keutamaan terhadap kekuatan mutu lakonan para pemain watak.'PGLM' kali ini diberikan nafas baharu. Naskhah kali ini turut menyaksikan gandingan mantap barisan bintang generasi baharu apabila watak Gusti Puteri Retno Dumilah dikongsi bersama oleh Aisha Retno dan Mila Mohsin, manakala Aqasha menggalas watak pahlawan Hang Tuah.Pementasan itu turut diperkukuhkan dengan kehadiran Mimi Fly dan Nadia Aqilah yang bergilir-gilir membawa watak Bayan.Ia turut dimeriahkan dengan Luqman Hafidz memegang watak Sultan Mahmud Shah dan Yusof Hashim sebagai Gusti Adipati Handaya Ningrat.