suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita menyesal kahwin ustaz ketika Tingkatan Empat, sekarang pegang ‘title‘ janda beranak tiga pada usia 25 tahun

Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengizinkan anak-anak berkahwin pada usia terlalu muda. -Gambar hiasan AI

BUKAN semua perkahwinan menjanjikan kebahagiaan, apatah lagi apabila keputusan untuk mendirikan rumah tangga dibuat ketika usia masih terlalu muda dan belum matang.

Seorang individu berkongsi pengalaman melihat seorang rakan perempuan yang terpaksa meninggalkan alam persekolahan pada usia 16 tahun selepas berkahwin dengan seorang ustaz. 

Menurutnya, rakan yang dikenalinya ketika belajar di sebuah sekolah maahad itu kini sudah bercerai, sedangkan usianya baru mencecah 25 tahun.

Bukan semua perkahwinan berakhir dengan kebahagian. -Gambar hiasan AI

Bukan semua perkahwinan berakhir dengan kebahagian. -Gambar hiasan AI

“Realitinya, ramai dalam kalangan mereka yang berkahwin ketika masih bawah umur akhirnya menyesal.

“Aku ada seorang kawan perempuan berhenti belajar masa umur 16 tahun sebab kahwin dengan ustaz.

“Sekarang dah bercerai, anak dah tiga, umur baru 25 tahun. Hari-hari dia meratib penyesalan sebab kahwin masa belum matang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai setahun kahwin, isteri bengang suami sibuk nak pergi ‘ride’... Susah hati konvoi campur lelaki perempuan tidur satu homestay

ARTIKEL BERKAITAN: “Cari lelaki bujang kahwin janda” - Doktor suruh adik berubat kampung, ubat moden tak mujarab rawat kayap ular

Tambahnya, situasi berkenaan bukanlah pengalaman terpencil di sekolah tersebut apabila dua orang daripada kumpulannya sendiri dilaporkan berkahwin ketika masih di bawah umur.

Berdasarkan pengalaman itu, individu berkenaan berpandangan keputusan berkahwin perlu mengambil kira tahap kematangan seseorang, bukan sekadar usia atau keinginan untuk mendirikan rumah tangga.

“Kau sendiri kalau ada anak perempuan pun kau takkan bagi kahwin kalau umur bawah 16,” katanya.

  • Seorang wanita berkahwin pada usia 16 tahun sehingga terpaksa meninggalkan alam persekolahan.
  • Wanita itu didakwa sudah bercerai dan mempunyai tiga anak pada usia 25 tahun.
  • Wanita berkenaan dikatakan sering meluahkan rasa kesal kerana berkahwin ketika masih muda.
  • Dua individu daripada kumpulan persekolahannya turut dilaporkan berkahwin ketika bawah umur.
  • Netizen membahaskan kepentingan kematangan, pendidikan dan peranan ibu bapa sebelum anak mendirikan rumah tangga.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang bersetuju usia berkenaan terlalu mentah untuk mendirikan rumah tangga.

"Ramai ingat kahwin bawah umur ini akan indah dan gembira tapi realitinya jika bercerai masalah kepada perempuan yang tidak berpendidikan.

"Di sini peranan ibu bapa, jangan lepaskan anak-anak berkahwin pada usia yang tidak sepatutnya.

"Sebenarnya bergantung pada individu itu juga, ada ja kawan saya yang kahwin usia muda dan sehingga kini masih bahagia," komen warga maya.

Artikel Lain