SEORANG wanita berkongsi pengalaman ngeri diserang penyakit kayap yang meninggalkan rasa pedih luar biasa serta bintil-bintil berisi cecair pada kulit, sebelum kembali pulih selepas mencuba ikhtiar rawatan tradisional.Katanya, pengalaman berdepan masalah kesihatan berkenaan membuka jalan kepada amalan perubatan tradisional yang diwarisi sejak turun-temurun.Itulah yang dikongsikan oleh wanita tersebut mengenai dia dan adik lelaki bongsunya ketika berdepan ujian berkenaan.Rawatan tradisional adalah pilihan alternatif bagi merawat penyakit kayap. -Gambar hiasan AI“Saya pernah terkena kayap. Ketakutan saya apabila tengok ada bintil-bintil air sebesar kacang tanah di beberapa bahagian badan termasuk betis. Warna maroon pula kulit yang terkena tu, macam rempeyek rupanya. “Punyalah pedih bisa sampai demam. Sendi-sendi semua sakit. Menangislah saya mengadu kepada arwah bapa. Apabila bapa tengok, terus dia beritahu itu adalah kayap," katanya.Menurutnya, bapanya kemudian terus menghubungi seorang individu yang mempunyai keupayaan merawat penyakit tersebut secara tradisional. “Bapa terus panggil ayah angkat dia. Sebelum ni ayah angkat dia yang saya panggil atok itu masih anak teruna sebelum dia bernikah dengan seorang janda. Atok itu minta air segelas dan baca selawat, kemudian tiup ke dalam air itu.“Dia sapu pada seluruh badan saya yang ada kayap itu. Jangan tak percaya, segala pedih bisa itu serta-merta sejuk. Malam tu boleh tidur lena, tak sakit lagi. Esoknya demam semua kebah. Sihat walafiat saya sampai sekarang,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Ramai cakap kayap ular boleh bawa maut jika bersambung... Jangan panik, ini penjelasan doktorARTIKEL BERKAITAN: Cuba petua rakan suruh kunyah sirih, penjual sayur nyaris maut kayap merebak seluruh badan!Beberapa tahun kemudian, insiden hampir sama berulang apabila adik lelaki bongsunya pula diserang masalah kulit yang semakin merebak walaupun sudah mendapatkan rawatan pakar.Katanya, keluarga mereka sudah menghabiskan ratusan ringgit untuk membeli pelbagai ubat, namun keadaan adiknya tidak menunjukkan sebarang perubahan sehinggalah seorang doktor mencadangkan ikhtiar lain.“Doktor tanya saya You ada kampung tak? Saya jawab ada. Kemudian doktor suruh bawa adik balik kampung dan cari lelaki bujang yang kahwin janda, minta penawar daripada dia.“Adik awak ini kena kayap ular. Memang payah nak baik kalau guna ubat doktor,” katanya mengimbas kembali pesan doktor tersebut.Tambahnya, selepas arwah atok meninggal dunia, bapanya terpaksa mencari individu lain yang memenuhi ciri-ciri berkenaan secara rawak.Individu berkongsi pengalaman menderita kayap sehingga demam dan sakit sendi.Mendakwa kesakitan reda selepas kulit disapu air yang dibacakan selawat.Adik lelakinya turut mengalami masalah kulit yang dipercayai kayap ular.Individu itu mendakwa adiknya pulih dalam tempoh kurang seminggu selepas mendapatkan rawatan tradisional.Netizen turut berkongsi pengalaman serupa menggunakan kaedah tradisional untuk merawat kayap.Ringkasan ini dijana oleh AIKaedah yang digunakan tetap serupa iaitu membaca selawat sebelum air ditiup dan disemburkan pada bahagian kulit yang terjejas.Hasilnya, masalah kulit adiknya pulih sepenuhnya dalam masa kurang seminggu.Perkongsian itu turut mencuri tumpuan warganet yang rata-ratanya berkongsi cerita sama dan mengakui keberkesanan kaedah tradisional melibatkan individu berstatus teruna berkahwin dengan janda atau ibu tunggal."Ini pengalaman saya, kena kayap ular. Arwah mak suruh pergi rumah seorang makcik untuk minta air penawar sebab dia ibu tunggal kahwin teruna. Alhamdulilah dengan izin Allah sembuh."Makcik aku dia janda, kahwin dengan lelaki bujang. Saudara aku datang rumah dia berubat," komen warga maya.