Orang ramai perlu berhati-hati dengan tawaran khidmat turap jalan atau laman rumah agar tidak ditipu. -Gambar hiasan AI
KERJA membaik pulih atau menaik taraf kediaman memerlukan perancangan teliti, terutama apabila ia pastinya melibatkan kos yang tinggi.Namun, dalam usaha mendapatkan harga murah, pengguna perlu berhati-hati dengan tawaran 'pintu ke pintu' kerana tidak semuanya boleh dipercayai.Nasib malang itulah yang menimpa seorang wanita apabila berdepan pengalaman mengecewakan selepas bersetuju menggunakan khidmat sekumpulan lelaki bagi kerja-kerja menurap laman rumah.Difahamkan mereka menawarkan harga murah kerana mendakwa mempunyai baki tar di dalam lori, lebihan daripada projek lain.Orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan taktik penipuan individu menjalankan kerja turapan di kawasan perumahan. -Gambar hiasan AIMenerusi hantaran di Threads, wanita itu menceritakan kejadian bermula apabila individu terbabit menawarkan kerja menurap bahagian hadapan rumah dengan bayaran sebanyak RM200.Dia kemudian bertanyakan anggaran kos untuk menurap keseluruhan kawasan halaman rumah jenis semi-D miliknya.Kemudian lelaki terbabit meletakkan harga RM3,000 sebelum tawar-menawar berlaku sehingga turun kepada RM1,000 untuk separuh kawasan laman.Seorang wanita mendakwa tertipu selepas bersetuju menurap laman rumahnya dengan tar yang ditawarkan sekumpulan lelaki dari rumah ke rumah.Lelaki terbabit mendakwa mahu menghabiskan baki tar dalam lori sebelum menawarkan harga RM3,000, kemudian menurunkannya kepada RM1,000 untuk separuh laman.Wanita itu bersetuju kerana menyangka tawaran tersebut murah, namun mereka terus memulakan kerja ketika dia sedang menghubungi suaminya.Dia kecewa kerana lapisan tar terlalu nipis, tidak kemas dan batu-batu putih di permukaan laman masih kelihatan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Aku ingat memang murah la kan, daripada RM3,000 dia turunkan sampai RM1,000, jadi aku pun setuju. Tengah aku telefon suami, tiba-tiba mereka dah curah tar dekat laman rumah."Nak tarik balik, aku takut sebab muka mereka macam penjenayah. Aku minta suami balik tapi dia tak boleh balik lagi sebab banyak kerja tak siap."Dalam setengah jam je dah siap mereka turap tar separuh laman rumah aku, alih-alih kena bayar RM1,200 pula," katanya. Lebih memburukkan keadaan, kualiti turapan itu amat mengecewakan apabila lapisan tar diletakkan terlalu nipis hingga menampakkan batu-batu putih yang sedia ada di permukaan laman.ARTIKEL BERKAITAN: Pesara terputus belanja, akaun bank disekat sebab kes scam! Jangan panik, TNG eWallet boleh jadi ‘talian hayat’ keduaARTIKEL BERKAITAN: Buat kerja ketika orang lain tidur... Bekas anggota PDRM dedah 7 cara scammer menipu, godam 'handphone' mangsaHasil carian di media sosial kemudiannya merungkai segalanya apabila dia mendapati individu terbabit rupa-rupanya aktif menjalankan kegiatan penipuan di kawasan perumahan.Malah, bahan yang digunakan dipercayai tar terpakai atau rosak daripada projek lain, menyebabkan hasil kerja turapan juga tidak tahan lama.Selain menanggung kerugian akibat mutu kerja yang tidak kemas, wanita itu turut berputih mata melihat halaman rumah kesayangannya kini jauh daripada apa yang dihajatkan.