Matikan internet telefon bimbit ketika tidur membantu mengurangkan risiko penipuan atau curi data. -Gambar hiasan AI
KEGIATAN penipuan dalam talian atau scam semakin 'maju' seiring perkembangan teknologi serta digital. Menurut Duta Anti Scam, Rahmat Fitri Abdullah yang juga pegawai bersara Polis Diraja Malaysia (PDRM), kebanyakan jenayah siber berlaku melalui sambungan internet tanpa disedari pengguna. Berikut tujuh langkah penting yang perlu diberi perhatian bagi mengelakkan telefon digodam:1. Scammer 'masuk' internetScammer tidak 'menyerang' (godam) telefon secara fizikal, sebaliknya melalui sambungan internet yang menghubungkan pengguna dengan dunia luar. Jika terasa peranti tidak selamat, sambungan internet perlu dimatikan segera.2. Link atau pautan mencurigakanPautan tidak dikenali merupakan 'pintu' utama scammer menyelinap masuk ke dalam telefon. Sekali klik, data boleh terdedah tanpa disedari.Pelbagai cara dilakukan scammer untuk menggodam peranti mangsa. -Gambar hiasan3. Tak cukup selamat sekadar delete atau padam failMemadam fail biasa tidak menjamin keselamatan data kerana ia masih boleh dipulihkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.4. Reset telefon sebelum dijualTelefon perlu diformat sepenuhnya (factory reset) sebelum dijual atau diberikan kepada orang lain bagi mengelakkan penyalahgunaan data peribadi.5. Data boleh 'disedut' tanpa sedarMelalui aplikasi tertentu dan pautan berisiko, maklumat peribadi boleh dicuri walaupun pengguna tidak menyedarinya.6. Matikan internet dan bluetooth ketika tidurRahmat menasihatkan agar sambungan internet dan bluetooth dimatikan ketika tidur bagi mengurangkan risiko pencerobohan data.7. Elak guna Wifi percumaPenggunaan Wifi awam yang tidak diketahui tahap keselamatannya boleh mendedahkan telefon kepada aktiviti penggodaman dan kecurian data.