NIAT asalnya hanyalah mahu membantu, namun tindakan seorang lelaki menegur rakan sekerja wanita yang mempunyai masalah bau badan akhirnya memakan diri.Katanya, gara-gara teguran jujur itu, individu berkenaan terus berhenti kerja, sekali gus meninggalkan rasa bersalah yang mendalam dalam hati lelaki tersebut hingga ke hari ini.Menurut lelaki itu, kejadian tersebut berlaku ketika mereka masih bertugas di bawah satu bumbung dan dia langsung tidak berniat untuk memalukan atau menghina wanita tersebut."Dulu saya pernah tegur seorang perempuan ni dekat tempat kerja. Badan dia berbau busuk. Saya tak kecam pun cuma ada bagi teguran... kak, bau ketiak la. "Esoknya dia terus berhenti kerja. Saya rasa bersalah sangat sampai sekarang. Salah ke cara saya tegur tu," cerita lelaki itu dalam satu hantaran di Threads.Sesetengah teguran yang dibuat boleh menyebabkan seseorang berasa rendah diri dan malu. -Gambar hiasan AITambah lelaki itu, insiden tersebut membuatkan dia lebih berhati-hati setiap kali berdepan situasi sama, terutama apabila berurusan dengan individu yang mempunyai masalah bau badan.Menurutnya, kini dia lebih memilih untuk berdiam diri dan menahan nafas berbanding menegur secara terus kerana bimbang akan melukakan hati orang lain buat kali kedua.Dalam masa sama, lelaki itu turut menggunakan platform berkenaan untuk memohon maaf secara terbuka kepada wanita terbabit sekiranya individu itu masih mengingati kejadian tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Malu satu badan bau busuk hapak, perokok tegar berhenti rokok serta-merta! ‘Sentap’ anak kesayangan asyik tutup hidung, tunjuk tak selesaARTIKEL BERKAITAN: Segan cakap depan-depan, wanita buat e-mel palsu tegur rakan mulut berbau... Akhirnya terdedah bukan sebab tak gosok gigi!"Saya sudah tak ingat dia siapa, nama pun lupa. Dengan kuasa Threads, kalau dia masih ingat saya dan nampak hantaran ni, saya nak minta maaf."Masa tu saya lurus orangnya. Walaupun niat saya baik tapi cara saya tu salah. Maaf ye kak," ujar lelaki itu.Lelaki menyesal tegur rakan sekerja soal bau badan.Wanita itu berhenti kerja sehari selepas ditegur.Dia akui niat baik, tetapi cara penyampaian salah.Lelaki itu turut memohon maaf secara terbuka.Netizen nasihatkan tegur dengan lebih berhemah.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu mengundang reaksi netizen yang rata-ratanya berpendapat cara penyampaian memainkan peranan penting, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perkara sensitif seperti kebersihan diri."Cara tegur tu kena betul. Biasalah perempuan ni akan rasa malu apabila lelaki tegur secara terus. Kalau boleh cuba gunakan orang tengah iaitu perempuan juga."Kaunselor pernah cakap kalau kita nak tegur orang, kena fikir dulu teguran kita tu adakah akan ada perubahan pada hubungan antara kita dengan dia."Saya pernah hadapi momen sama, tapi saya hadiahkan dia deodorant. Lepas tu baru dia sedar badan dia ada bau. Kemudian dia dah pandai jaga kebersihan," demikan antara sebahagian komen netizen.