suria

Bukan burung biasa, sifatnya macam mafia! Gadis dedah jiran ‘berperang’ dengan gagak, rumah penuh najis sebab terlupa bagi makan

Gagak dianggap haiwan pendendam yang akan membalas dendam bagi mereka yang mengkhianatinya. -Gambar hiasan AI

TAK salah menjadi pencinta haiwan namun sikap terlalu memanjakan hidupan itu diluar batasan boleh mengundang masalah kepada diri sendiri dan orang sekeliling.

Seorang gadis berkongsi pengalaman melibatkan jirannya yang didakwa gemar memberi makan kepada sekumpulan burung gagak di kawasan perumahan mereka.

Menurutnya, jirannya itu pernah memarahi pihak berkuasa tempatan cuba menyelesaikan masalah lambakan burung gagak di kawasan perumahan mereka.

"Pernah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) datang nak tembak sebab burung gagak itu sudah menggangu kawasan kejiranan.

Penguat kuasa biasanya akan menembak gagak bagi mengawal kerosakan yang dibuat haiwan tersebut. -Gambar hiasan AI

Penguat kuasa biasanya akan menembak gagak bagi mengawal kerosakan yang dibuat haiwan tersebut. -Gambar hiasan AI

"Tapi boleh pula dia marah MBSA, punya sayang kepada burung gagak," katanya.

Namun insiden jirannya itu terlupa memberi makan kepada burung-burung tersebut membuatkan dia berubah sikap. 

"Burung gagak itu datang ketuk tingkap bilik bertalu-talu sampai jiran aku naik rimas. Akhirnya dia pula marah dan maki burung itu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah sapu makanan gagak, lelaki jadi mangsa dendam haiwan! Mana saja letak kereta pasti kena ‘bom’

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki sarapan ditemani gagak jadi perhatian, siap suap makan! - “Inilah Itachi in real life”

Tidak cukup dengan itu, keesokan harinya kediaman jirannya itu dipenuhi najis burung termasuk terkena di ampaian pakaian dan bahagian hadapan rumah. 

Dia mendakwa burung gagak merupakan haiwan yang bijak serta mempunyai daya ingatan kuat, terutama terhadap individu dianggap mengganggu atau menyakitinya.

“Secara amnya gagak ini memang cerdik dan macam pendendam. Memori dia kuat untuk kenal pasti siapa khianat dia," katanya. 

  • Gadis kongsi kisah jiran terlalu sayangkan burung gagak.
  • MBSA pernah ditegur kerana mahu menembak gagak liar.
  • Gagak datang ketuk tingkap selepas terlupa diberi makan.
  • Rumah jiran dipenuhi najis burung keesokan harinya.
  • Netizen dakwa gagak haiwan bijak dan bersifat pendendam.

Perkongsian itu disokong netizen yang turut berkongsi pengalaman menjadi mangsa dendam haiwan tersebut.

"Kucing aku duduk tepi balkoni sambil kacau gagak yang terbang, kemudian gagak itu datang balik bawa sekumpulan geng dia datang serang. Kesian kucing aku.

"Pernah tengok dokumentari pasal burung gagak. Gagak ini sifat dia bijak dan bersosial serta bersikap seperti mafia.

"Sebab itu burung gagak selalu digunakan dalam ilmu hitam atau sihir malah turut dijadikan 'CCTV' orang tertentu," komen warga maya.

Artikel Lain