MEDIA sosial bukan sahaja tempat berkongsi gambar makanan atau aktiviti harian tetapi medan luahan perasaan.Disebabkan itu juga, platform tersebut dilihat ruang membuka 'perang dingin' apabila timbul rasa tidak puas hati terhadap mana-mana pihak dengan memuat naik status di media sosial. Maka tidak hairan trend menyindir atau memerli individu tidak disukai menggunakan kata-kata hikmah mahupun hantaran berbaur provokasi menjadi norma baharu dalam kalangan netizen seperti dilalui wanita ini.Berkongsi cerita, dia meluahkan rasa hairan apabila ibu mentuanya gemar memuat naik hantaran berbaur sindiran, seolah-olah cuba 'mengingatkannya' tentang status seorang ibu.Hubungan antara mentua dan menantu perempuan akan harmoni jika masing-masing saling menghormati. -Gambar hiasan AI"Mak mentua aku ini selalu sangat up ayat-ayat dekat status kononnya untuk anak lelaki tapi dia tak terfikir ke yang aku ini akan terasa sebab isteri anaknya."Kebanyakan ayatnya mesti suruh utamakan mak daripada isteri, dengar cakap mak berbanding isteri dan duit wajib bagi pada mak," luahnya di Threads.Tidak selesa dengan sikap dan tingkah laku ibu mentuanya, wanita ini menyatakan kehidupan dia dan suami juga bukan senang seperti disangka. Malah katanya, mereka sekeluarga hanya cukup-cukup makan setiap bulan.Wanita luah rasa pelik ibu mentua kerap buat hantaran sindiran di media sosial.Kebanyakan status sentuh isu isteri perlu utamakan ibu dan patuh suami.Dakwa kehidupan bersama suami hanya cukup makan setiap bulan.Mentua masih bekerja dan suami hidup dekat, namun sering timbul isu nafkah.Netizen nasihat supaya sabar, abaikan sindiran demi keharmonian rumah tangga.Ringkasan ini dijana oleh AI"Padahal dia sendiri boleh nampak kehidupan anak dia ini cukup-cukup makan sahaja setiap bulan."Lagipun bapa mentua aku hidup lagi dan dia pun masih bekerja, apalah yang tidak cukup," tambahnya.Situasi yang berlaku itu turut membuatkan dia tertanya-tanya sama ada ibu mentuanya masih belum menerima hakikat anak lelakinya kini sudah mempunyai kehidupan sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah menumpang, buat perangai ‘diva’ pula... Wanita hilang sabar, halau anak menantu keluar rumahARTIKEL BERKAITAN: Disangka poket tebal, mentua asyik bagi ‘link’ TikTok lokasi bercuti... Teringin nak suruh anak menantu belanja makan anginHantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, yang menasihati wanita itu terus bersabar dan mengabaikan sindiran tersebut demi menjaga keharmonian rumah tangga dan kesihatan mental sendiri."Aku pun kena beginilah, mentua perempuan dan ipar perempuan ingat yang anak lelakinya bagi isteri beribu-ribu sebulan."Ramai menantu zaman sekarang kena macam ini dengan mentua dan ipar perempuan."Fahaman mak mentua fasal nafkah pun sudah salah, cadangan saya, awak up status tentang tanggungjawab suami menafkahi isteri," demikian reaksi netizen.