suria

Disangka poket tebal, mentua asyik bagi ‘link’ TikTok lokasi bercuti... Teringin nak suruh anak menantu belanja makan angin

Individu sudah berkahwin perlu berlaku adil dengan keluarga sendiri termasuk mentua. -Gambar hiasan AI

KONFLIK melibatkan hubungan mentua dan menantu sering menjadi antara cabaran yang perlu dihadapi dalam rumah tangga, lebih-lebih lagi apabila membabitkan kehendak keluarga.

Seorang wanita berkongsi situasi dihadapinya apabila ibu mentuanya kerap memberi bayangan mahu dibawa bercuti setiap kali dia dan suami merancang percutian mereka sendiri.

Menurutnya, keadaan itu timbul kerana ibu mentuanya mengetahui tentang percutian menantu dan anak lelakinya bersama keluarga wanita itu sebelum ini.

Isu melibatkan keluarga mentua boleh memberi tekanan kepada menantu. -Gambar hiasan

"Mak mentua saya ni menekan-nekan (desak) suruh bawa mereka sekeluarga pergi bercuti pula. Sebab dia tengok selalunya kami bercuti dengan keluarga saya je.

"Dia cakap... oh mak pun teringin juga nak pergi bercuti. Mak mentua saya ni suka bagi link ikTok dan Facebook (pautan tempat percutian)," ujarnya di Threads.

Namun, ujar wanita itu ibu mentuanya tidak tahu bahawa kos setiap percutian mereka sebelum ini ditanggung sepenuhnya oleh ibu kandungnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua jenis suka buat ‘rombongan’ bercuti, menantu dipaksa kumpul duit awal-awal… Dilarang bantah, wajib ikut sekali!

ARTIKEL BERKAITAN: Hati berbunga suami pertama kali nak bawa pergi bercuti, mentua pula 'sentap' tak diajak - “Kami bulan madu pun tak pernah”

"Semua percutian kami tu ibu saya yang taja. Jadi kalau famili belah mentua pula nak bercuti, pastinya kami kena keluar duit sebab mereka sudah tidak bekerja.

"Anak dia (suami pengadu) mana ada duit nak belanja. Gaji habis bayarkan pinjaman mak dia je. Sebenarnya famili mentua tahu je keluarga saya suka sponsor kalau bercuti.

"Saya pula boleh je nak belanja mereka dengan duit saya... tapi nanti kena belanja adik-beradik suami juga," jelas wanita itu.

  • Wanita tertekan apabila ibu mentua sering beri bayangan mahu ikut bercuti.
  • Percutian bersama keluarga sendiri sebenarnya ditaja penuh oleh ibu kandungnya.
  • Jika bawa keluarga mentua, dia dan suami perlu tanggung semua kos.
  • Bimbang perlu belanja sekali adik-beradik suami jika mula menaja.
  • Netizen nasihat suami perlu jelaskan situasi sebenar kepada ibunya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat wanita itu perlu berbincang secara terbuka dengan suami agar perkara tersebut dapat dijelaskan kepada ibu mentuanya.

"Sudah la hutang kau (ibu mentua pengadu), anak yang bayar. Ada hati nak pergi bercuti minta anak dan menantu pula sponsor.

"Awak dan suami kena beritahu terus terang yang selama ni kamu berdua pergi bercuti kerana ada yang sponsor.

"Suruh suami je cakap dekat mak dia. Suami pun mak mentua yang support. Kalau tak, dia pun tak ke mana-mana duduk rumah je sebab tak ada duit," komen beberapa netizen.

Artikel Lain