SEORANG wanita meluahkan kisah hidupnya yang cukup menyentuh hati apabila terpaksa memikul beban perasaan sejak lahir kerana perlu 'menetap' dalam identiti arwah isteri pertama bapanya.Tanpa mendedahkan identiti, wanita ini membuka helaian duka tentang sejarah di sebalik namanya yang sehingga kini masih meninggalkan tanda tanya yang tidak berpenghujung.Kisahnya bermula selepas bapanya berkahwin dengan ibunya, dua tahun selepas pemergian isteri pertama.Namun, apabila dia dilahirkan, bapa memilih untuk menamakan dia sepenuhnya dengan nama arwah isteri terdahulu. "Ayah kahwin dengan mak lepas dua tahun isteri pertamanya meninggal. Kemudian saya lahir. Nama penuh saya adalah nama arwah isteri pertama ayah saya. Adakah mak reda?Seorang suami perlu berlaku adil jika mahu berpoligami. -Gambar hiasan"Seminggu sebelum mak meninggal saya tanya mak, kenapa izinkan nama saya sedemikian rupa? Tahu mak saya jawab apa? Tak apa... anak mak cantik, nama apa pun tak kisah."Jawabnya sambil gosok kepala saya. Ibu meninggal dan tinggalkan saya sendiri dengan nama milik orang. Anak-anak tiri membenci mak saya. Tapi nama saya adalah nama mak mereka. Sakit," luahnya di media sosial. Tambahnya, bapanya pula meninggal dunia setahun selepas dia dilahirkan, menyebabkan banyak persoalan dalam hidupnya tidak pernah terjawab.Walaupun pernah terselit rasa benci terhadap keputusan bapanya, kini dia memilih untuk berdamai dengan takdir.ARTIKEL BERKAITAN: Suami beria ‘panjat’ pejabat JPN, nak tukar nama anak kepada ‘Aina Nasuha’... Tak sangka rupanya ‘bayangan’ bekas kekasih!ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun pemuda ini tak jejak kampung halaman, jiwa ‘bersemadi’ bersama arwah ibu - “Bukan tak reda, cuma rindu”Dalam pada itu, wanita berkenaan turut menyifatkan ibunya sebagai seorang yang kuat dan mungkin memendam rasa demi kebahagiaan keluarga."Cinta (pada isteri pertama) sehebat mana pun, abadikan dalam hati diam-diam. Hal ini nampak remeh, akan tetapi betapa simpatinya saya dengan arwah mak. "Wanita itu reda di mulut tapi di hati siapa tahu. Kami (adik-beradik sebapa) berpisah negeri dan bawa haluan masing-masing selepas ayah meninggal," katanya lagi.Menurutnya, dia juga memahami perasaan anak-anak bapanya daripada perkahwinan terdahulu yang mempertahankan kasih sayang terhadap ibu kandung mereka.Wanita dedah kisah bawa nama arwah isteri pertama bapanya sejak lahir.Ibunya reda anggap nama apa pun tak kisah sebelum meninggal dunia.Dia dibesarkan dengan nama itu walaupun anak tiri membenci ibunya.Bapa meninggal awal, banyak persoalan hidup tidak terjawab.Kisahnya undang simpati netizen, puji ketabahan si ibu.Ringkasan ini dijana oleh AITambahnya, dia juga tidak menolak kemungkinan ibunya mempunyai kekurangan sebagai ibu tiri, selain berharap segala dosa kedua-dua ibu bapanya diampunkan.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib wanita tersebut, selain memuji ketabahan ibunya."Sedihnya mak awak… Cinta mati ayah awak adalah isteri pertama dia. Mak awak berhati mulia."Allah bagi ilham untuk ayah awak bagi nama tu bukan asbab itu nama isteri pertama. Buang apa-apa perasaan dan fikiran negatif untuk hidup lebih gembira."Nama saya ni nama perempuan yang ayah saya berkenan zaman bujang. Kahwin dengan mak sebab dijodohkan. Mak saya okey dan positif je. Saya rasa serasi je dengan nama ni," komen beberapa netizen."Nama tu milik awak, bukan orang punya. Bukannya nama tu dipatenkan untuk diguna seorang je. Ramai lagi nama macam mak tiri awak tu. Tiada istilah guna nama orang lain," demikian komen netizen.