TATKALA orang lain ceria menyambut Aidilfitri bersama keluarga, suasana berbeza dirasai oleh seorang pemuda yang masih bergelut dengan rasa sunyi selepas kehilangan insan bergelar ibu.Bagi Muhammad Norikhmal Ahmad, 25, atau lebih mesra disapa Kikiey, sambutan hari raya sejak empat tahun lalu tidak lagi bermakna. Mengimbau kembali tragedi duka yang pernah dikongsikan kepada mStar sebelum ini, ibunya, Allahyarham Norasiah Awi, meninggal dunia secara mengejut di pintu pesawat lapangan terbang sejurus pulang daripada menunaikan umrah.Kini, setiap kali musim perayaan menjelma, kenangan membuat persiapan raya bersama ibunya hanya tinggal kenangan yang terus bermain di fikiran.Rutin tahunan yang dahulunya penuh dengan gelak tawa kini bertukar menjadi ruang kosong yang tidak mampu diisi oleh sesiapa."Waktu bulan puasa dulu selalu ada suara mak kejut sahur. Apabila tinggal berjauhan pun mak akan call setiap pagi untuk kejut sahur tapi sekarang dah sunyi. Sama juga macam hari raya.Kikiey (depan, kanan) ketika meluangkan masa bersama ahli keluarga selepas pemergian ibunya."Tak ada lagi orang paling sibuk buat persiapan sambut Aidilfitri. Selalu mak la orang paling sibuk bangun pukul 3 atau 4 pagi nak siapkan lauk, gosokkan baju dan bungkus makanan bagi jiran-jiran."Sekarang semua tu jadi sunyi. Rumah yang dulu nampak ceria sekarang ibarat rumah usang tanpa penghuni. Bukan saya tak reda cuma rindu je pada arwah mak setiap kali hari raya," ujarnya ketika dihubungi mStar.Tambah Norikhmal lagi, pemergian ibunya seolah-olah merentap sebahagian daripada jiwanya kerana hampir setiap perkara dalam hidupnya akan dikongsi bersama insan yang paling disayanginya itu.Keakraban itu juga menjadikan emosinya mudah tersentuh setiap kali tibanya musim perayaan dan menjadi antara sebab dia memilih untuk tidak pulang beraya di kampung sejak beberapa tahun kebelakangan ini.ARTIKEL BERKAITAN: Anak tunggu ibu pulang dari umrah nak belanja ‘duit gaji kedua’, pilot call beritahu ‘mak dah meninggal’ sebaik mendarat di KLIAARTIKEL BERKAITAN: Batu nisan pengubat rindu... Ibu tak berganjak dalam hujan, setia di pusara anak lelaki - “Arwah meninggal selepas 47 hari ditidurkan”Menurutnya, keputusan itu bukan dibuat kerana menjauhkan diri daripada keluarga, tetapi masih belum benar-benar bersedia untuk berdepan dengan kenangan yang terlalu kuat di kampung halaman."Rumah itu masih sama. Orang-orang masih sama. Tapi 'rasa' itu dah hilang. Kampung yang dulu jadi tempat saya pulang, sekarang terasa seperti tempat yang menyimpan terlalu banyak kenangan."Kadang-kadang saya rasa bukan saya tak mahu balik… cuma saya belum cukup kuat untuk hadap memori tanpa kehadiran dia. Saya sedih sebab suasana dah tak sama macam dulu lagi."Dulu rumah tu tempat semua adik-beradik berkumpul tak kira raya atau apa-apa acara. Setiap petang hujung minggu adik-beradik berkumpul dan arwah mak akan masak untuk anak-anak dia," katanya.Tambah Norikhmal yang bekerja sebagai guru tadika, perasaan cemas turut hadir setiap kali topik pulang beraya dibangkitkan oleh orang sekeliling atau apabila mendengar perbualan rakan-rakan bersama ibu mereka. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)Lebih mengusik jiwanya apabila terpaksa melalui laluan lebuh raya sekitar Hospital Serdang, Selangor yang pernah menjadi saksi perjalanan terakhir arwah ibunya pada 3 Jun 2022 sebelum dikebumikan di kampung mereka di Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, Johor."Saya sedih apabila setiap kali orang tanya balik kampung atau tak, raya mana tahun ni? Lagi-lagi kalau tengok kawan call mak dia tanya raya nak makan itu ini. Dada saya rasa sempit."Masa tu saya terbayang melangkah masuk rumah tanpa mak menyambut dari pintu. Kenangan-kenangan tu semua datang serentak dan perkara itu buatkan saya sedar masih tak sembuh sepenuhnya."Tapi sekarang saya syukur sebab kawan-kawan berkongsi rasa sayang mak mereka dengan saya. Mak kawan-kawan anggap saya macam anak sendiri. Mereka tanya saya sihat ke tidak, macam mana khabar saya."Saya bersyukur sangat ada orang-orang macam tu dalam hidup saya dan saya berterima kasih kepada kawan-kawan sebab sudi berkongsi rasa sayang mak mereka dengan saya," ujarnya lagi.Empat tahun ibu meninggal dunia, Kikiey masih belum kuat balik raya di kampung.Ramadan dan Syawal buat rasa rindu pada arwah mak kembali kuat.Laluan lebuh raya yang sama mengingatkannya pada detik hantar jenazah ibu.Dia akui belum sembuh sepenuhnya walaupun masa sudah berlalu.Sokongan rakan-rakan jadi kekuatan untuk teruskan hidup.Ringkasan ini dijana oleh AIJelasnya, memori bersama ibu masih segar dan menjadi antara sebab utama dia belum cukup kuat untuk kembali menyambut Aidilfitri di kampung halaman meskipun sudah empat tahun berlalu.Dalam pada itu, Norikhmal turut meluahkan rasa ralat yang masih tersisa dalam dirinya kerana tidak sempat membalas sepenuhnya segala pengorbanan termasuklah membelanjakan sejumlah gaji kedua kepada ibunya ketika hayat arwah.Sekiranya diberi peluang berjumpa dengan ibu buat kali terakhir, Norikhmal berkata dia hanya mahu meluahkan apa yang terbuku di hati dan terus berusaha menjadi anak yang tidak pernah mengabaikan pesanan arwah."Saya nak beritahu mak yang saya cuba jadi anak yang kuat. Saya cuba hidup baik-baik, kerja bersungguh-sungguh, jaga diri seperti yang mak selalu pesan."Sekarang saya duduk jauh merantau. Jauh dari kampung dan semua orang yang pernah menjadi tempat saya berteduh. Kadang-kadang apabila penat balik kerja, saya teringat yang mak ada sebagai tempat mengadu."Rasa lain apabila merantau tanpa doa yang saya dengar daripada mulut mak. Dulu setiap kali nak balik semula ke bandar, mak akan pesan macam-macam. Sekarang saya cuma pegang kenangan suara tu dalam kepala," jelasnya lagi.