suria

“Pergi mana-mana jalan kaki” - Niat enam beradik anak penjual colek kutip duit raya bawah panas membahang undang air mata

Kanak-kanak paling gembira apabila mendapat duit raya. -Gambar hiasan AI

SEPASANG suami isteri berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila terserempak dengan enam kanak-kanak ketika cuaca panas semasa pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

Di bawah terik mentari, si abang dilihat mendukung adiknya yang berusia sekitar tiga tahun sementara yang lain sama-sama berjalan kaki.

Prihatin dengan keadaan itu, pasangan berkenaan memberhentikan kenderaan dan bertanya destinasi enam beradik tersebut.

Ada kanak-kanak sanggup berjalan kaki di tengah panas untuk berhari raya. -Gambar hiasan AI

Ada kanak-kanak sanggup berjalan kaki di tengah panas untuk berhari raya. -Gambar hiasan AI

"Rupanya mereka nak pergi jalan beraya dari rumah ke rumah di taman sebelah. 

"Dalam keadaan tengah hari yang panas membahang, kami ajak semua naik kereta untuk tumpangkan mereka," katanya.

Sepanjang perjalanan, mereka sempat berbual dengan abang sulung dan bertanya mengenai perancangan penggunaan duit raya yang bakal diterima.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mak seronok, tapi kami anak-anak? - Lelaki kongsi rutin sambut raya, rumah diserbu ratusan bekas pelajar ibu

ARTIKEL BERKAITAN: “Eee buruknya!” - Budak mengeluh dapat nota RM5 lama, wanita ini ‘ajar’ ganti duit raya RM1 terus terdiam... Cara didik tentang bersyukur

"Budak tu jawab nak bagi dekat ibu, nak tolong baiki kereta yang rosak. Aku tanya lagi, ibu ayah sekarang kerja apa?

"Dia jawab jual colek-colek dekat tepi jalan. Pergi mana-mana memang jalan kaki sahaja," kata si isteri menceritakan apa yang berlaku.

Jawapan tersebut membuatkan pasangan itu terdiam seketika sebelum suaminya menghulurkan sedikit sumbangan kepada kanak-kanak berkenaan.

"Aku pesan dekat si abang supaya jaga adik-adik. Kalau panas cari tempat berteduh dulu. Lepas dah turunkan mereka, berlinang air mata aku.

  • Pasangan suami isteri menumpangkan enam kanak-kanak berjalan kaki beraya dalam cuaca panas.
  • Abang sulung mendukung adik kecil sepanjang perjalanan.
  • Duit raya mahu diberi kepada ibu untuk baiki kereta rosak.
  • Kisah itu membuatkan pasangan berkenaan sebak.
  • Netizen turut tersentuh dengan pengorbanan kanak-kanak tersebut.

"Di saat budak-budak sebaya mereka boleh beli mainan dan menyimpan duit raya dalam bank, anak-anak ini pilih untuk tolong mak ayah," katanya.

Perkongsian tersebut menyebabkan netizen tersentuh dan mengakui berdepan situasi yang sama apabila bertanya kepada segelintir kanak-kanak yang datang beraya ke rumah masing-masing.

"Ada budak perempuan datang beraya, maknya dah meninggal, dia tinggal dengan datuk. Apabila ditanya duit raya nak buat apa, dia kata kumpul nak bayar duit sekolah.

"Saya pula bagi duit raya dekat budak jual mangga tepi jalan. Dia terus cium sampul duit raya tu," komen netizen.

Artikel Lain