suria

Adik-adik sepakat palsukan sijil kematian, abang sulung sihat walafiat didakwa sudah mati... Dalam diam jual tanah bendang!

Tanah pusaka sering menjadi pemutus silaturahim antara adik-beradik. -Gambar hiasan AI

SIAPA sangka, hubungan adik-beradik yang dahulunya mesra dan rapat, kini boleh menjadi renggang disebabkan harta pusaka.

Lebih menambah rasa pilu apabila ada yang sanggup menganggap darah daging sendiri sudah meninggal dunia.

Begitulah yang dialami lelaki ini apabila namanya dilabel sebagai individu yang sudah meninggal dunia bagi membolehkan sebidang tanah pusaka dijual.

Perkara itu didedahkan anaknya yang turut terkilan  selepas mendakwa melihat dokumen jual beli berkaitan tanah berkenaan.

Tanah pusaka sering menjadi punca perbalahan ahli keluarga. -Gambar hiasan

Tanah pusaka sering menjadi punca perbalahan ahli keluarga. -Gambar hiasan

"Sedih tak apabila abah saya selaku anak sulung, dapat tahu yang adik-beradik dia letak nama dia sebagai individu yang dah meninggal dunia dalam dokumen jual tanah," ujarnya di Thread.

Menurut wanita ini, segalanya bermula apabila bapanya secara tidak sengaja terjumpa satu dokumen urusan jual beli tanah sawah milik keluarga.

Selepas diteliti, bapanya terkejut apabila melihat namanya dicatatkan sebagai telah meninggal dunia di dalam dokumen tersebut.

"Allah nak tunjuk, abah ternampak dokumen tu," luahnya menceritakan situasi yang berlaku.

  • Hubungan adik-beradik renggang dipercayai akibat isu harta pusaka.
  • Lelaki terkejut namanya dilabel sudah meninggal dalam dokumen jual tanah.
  • Perkara terbongkar selepas dia terjumpa dokumen jual beli tanah bendang keluarga.
  • Didakwa dilakukan kerana dia tidak setuju tanah pusaka dijual.
  • Netizen kecam tindakan itu, cadang buat laporan pemalsuan dokumen.

Bagi pengadu, tindakan adik-beradik bapanya itu berpunca daripada pertikaian tentang hasrat untuk menjual tanah pusaka.

Namun dia tidak menyangka bahawa adik-beradik bapanya tergamak menipu dan memalsukan dokumen berkenaan dengan menyatakan salah seorang waris telah meninggal dunia.

"Mestilah abah tak setuju kalau adik-adiknya nak jual tanah bendang (sawah) pusaka.

"Tapi takkan sampai sanggup 'matikan' abang sendiri," luahnya yang turut terkilan dan kecewa dengan sikap bapa serta ibu saudaranya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terpaksa jual tanah pusaka, kalah kes saman fitnah ‘penyondol’ hamil anak bekas suami... RM200,000 hilang sekelip mata!

ARTIKEL BERKAITAN: Abang ipar punca empat beradik berantakan... Bolot tanah pusaka, bina rumah sampai ‘makan’ bahagian waris lain

Dakwanya lagi, tindakan itu dipercayai dilakukan bagi memudahkan urusan penjualan tanah tanpa memerlukan persetujuan bapanya sebagai anak sulung.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa marah dan simpati dengan nasib yang menimpa bapa pengadu. 

Ramai yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai melampau dan boleh dibawa ke muka pengadilan kerana melibatkan pemalsuan dokumen rasmi.

"Boleh buat laporan atas kesalahan pemalsuan dokumen dan kaveat, saman pun boleh dilakukan.

"Sistem kerajaan ni lemah, antara jabatan pun tak boleh akses," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain